‘Sentuhan Magis’ Eddie Howe Bakal Jadikan Newcastle Lebih ‘Padu’ Dari Manchester United

Newcastle Manchester United Eddie Howe

Umum dapat melihat kebangkitan luar biasa Newcastle United pada hari ini. Di bawah bimbingan Eddie Howe, kelab yang telah diambil alih oleh syarikat konsortium Arab Saudi itu mula mencatat keputusan-keputusan positif dan telah keluar dari zon penyingkiran yang menghantui mereka sepanjang separuh pertama musim ini.

Kemasukan pemain-pemain berprofil tinggi seperti Bruno Guimaraes, Chris Wood, Kieran Trippier dan Matt Target pada jendela perpindahan musim sejuk tempoh hari jelas memberi impak yang cukup besar.

Merungkai perubahan ini, pemain tengah The Magpies, Jonjo Shelvey mendedahkan bagaimana pembentukan ‘regim’ baharu di kelab tersebut terutamanya dalam mengubah budaya dan suasana di padang latihan sejak Howe mengambil alih pasukan pada November lalu.

Corak latihan bekas jurulatih Bournemouth dikatakan begitu ‘keras’ membuatkan pemain-pemain ‘koyak’ sehingga ada yang tertidur seawal jam lapan malam.

Howe telah menerapkan latihan pada tahap intensiti yang tinggi bagi memastikan setiap pemain mempunyai tahap kecergasan maksimum dan mampu menterjemahkan falsafah permainannya dengan sempurna pada setiap perlawanan.

Hasilnya adalah keputusan di atas padang. Newcastle tidak tewas dalam lapan perlawanan liga terakhir mereka dan menang empat daripadanya dan kini sedang mendudukan tangga ke-14 liga dengan mengumpul 28 mata, tujuh mata dari zon penyingkiran.

Corak permainan dan arahan kepada pemain Newcastle amat mudah. Tiada ‘fancy football’ dikehendaki, dan Howe hanya menuntut fokus dan disiplin sebagai sebuah pasukan ketika berada di dalam padang.

ANALISIS: Falsafah Bola Sepak Eddie Howe & 4 Elemen Asas Yang Bakal Mengubah Newcastle United

Pengulas TalkSPORT yang juga bekas pemain Liga Perdana Inggeris, Jamie O’Hara melihat terdapat kemungkinan kelab yang sedang meningkat naik ini mampu menjadi lebih baik dari Manchester United yang kini sedang bergelut.

“Kamu lihat Newcastle sekarang, cara mereka main. Bayangkan pula wang yang akan mereka belanjakan pada musim panas nanti. Kamu dapat pula pengurus seperti Eddie Howe, orang sudah kembali dengan faktor magisnya,” ujar O’Hara.

“Melihat Newcastle ketika ini, saya sudah fikir jika mereka terus dengan cara seperti mana mereka bermain ketika ini dan kemudian belanjakan £300-400 juta untuk beli pemain baharu pada musim ini, sudah tentu mereka mampu menamatkan saingan di atas Manchester United!”

Kempen United musim ini di pentas domestik terus ‘suram’ dengan yang terbaharu tewas 4-1 dalam aksi Derbi Manchester yang mengakibatkan mereka hilang tempat di kedudukan empat pasukan teratas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN