Sentuhan ‘Emas’ Insan Ini Bantu Pulihkan Zhafri Yahya Hingga Raih Pujian Bojan Hodak

Zhafri Yahya KL City Melaka United Bojan Hodak puji 2022

Sentuhan ’emas’ seorang insan ini telah berjaya mengembalikan penyerang, Zhafri Yahya kepada prestasi yang terbaik sehingga meraih pujian daripada pengendalinya, Bojan Hodak biarpun hanya beraksi selama 45 minit.

Selepas pulang dari kem kebangsaan untuk dua aksi persahabatan antarabangsa, Zhafri Yahya hilang daripada skuad Kuala Lumpur (KL) City FC ketika berdepan Johor Darul Ta’zim dalam aksi minggu ke-3 Liga Super 2022.

Bersama skuad kebangsaan, Zhafri Yahya tidak diberikan sebarang penampilan ketika berdepan Filipina dan Singapura pada 23 dan 26 Mac yang lalu. Adakah ia disebabkan beliau tidak cergas untuk diturunkan beraksi?

Kemungkinan besar, itu adalah punca beliau langsung tidak diberikan ‘lesen’ oleh pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Faktor kecergasan mengganggunya walaupun berjaya meledak dua gol dalam aksi liga.

“Baik Masukkan Zhafri!” – Aksi Buruk Liridon Krasniqi ‘Bunuh’ Tempo Permainan Malaysia

Agak pelik apabila beliau langsung tidak diberikan ruang untuk mempamerkan kemampuannya di depan Kim Pan-gon selepas melalui musim yang cemerlang pada 2021 dan permulaan musim ini bersama KL City. Beliau antara yang telah membantu The City Boys menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia selepas 32 tahun.

Apabila beliau tidak diturunkan ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 06 April lalu, barulah kita tahu, beliau mungkin mengalami kecederaan yang menghalangnya untuk disenaraikan dalam skuad KL City. Minggu lalu, Zhafri Yahya sudah kembali dengan bermula dari bangku simpanan untuk aksi minggu ke-4 Liga Super.

Dalam sidang media selepas menang 2-0 ke atas Melaka United, pengendali KL City, Bojan Hodak memuji aksi Zhafri Yahya walaupun hanya masuk sebagai pemain gantian di babak kedua bermula pada minit ke-46.

“Zhafri sudah kembali dan beliau bermain dengan sangat baik sepanjang 45 minit permainan. Untuk jurulatih, apa yang penting adalah memiliki ramai pemain. Walaupun kami ada beberapa pemain muda, namun kadangkala mereka takut untuk beraksi. Tapi kini sekembalinya Zhafri dan Romel dalam pasukan, kita ada pemain yang cukup. Jadi sebagai jurulatih, itulah yang penting buat sesebuah pasukan.”

Bojan Hodak, sidang media pasca perlawanan KL City v Melaka United

Apa rahsia Zhafri Yahya sehingga dipuji pengendalinya yang diketahui ‘garang’ itu? Bukan hanya melalui proses pemulihan bersama pasukannya, pemain berusia 27 tahun itu turut mencari alternatif lain di luar kem latihan.

Pada Jumaat lalu, sehari sebelum perlawanan menentang Melaka United, Zhafri Yahya didapati berkunjung ke AN NAS Rehab Centre, sebuah pusat rehabilitasi yang diuruskan oleh seorang yang sangat berpengalaman mengendalikan pemain-pemain bola sepak terutamanya yang pernah menyertai kem skuad kebangsaan.

Mungkin sebahagian kecil daripada kita ada yang mengenali insan yang bernama Nasrul Tajuddin Darus, bekas Fisioterapis di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kini, selepas meninggalkan Wisma FAM, lima tahun lalu, beliau telah menubuhkan pusat rehabilitasinya sendiri dan kebanyakkan pemain bola sepak masih mencarinya.

Kepakarannya masih ditagih oleh mereka dan mungkin hasil sentuhan ’emas’-nya telah membantu Zhafri Yahya kembali mendapat pemulihan yang lebih baik. Bak slogan AN NAS Rehab Centre, ‘kita sama-sama ikhtiar”.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN