“Tak Anggap Mudah” – Benjamin Mora Waspada Ancaman Guangzhou FC

Wakil tunggal Malaysia dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) iaitu Johor Darul Takzim (JDT) pastinya bakal menurunkan barisan pemain terbaik mereka menjelang aksi sulung menentang Guangzhou FC pada malam esok.

Benjamin Mora selaku pengendali utama JDT pastinya antara yang paling sibuk merencana idea dalam pemilihan pemain ditambah aksi kali ini bakal berlangsung di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Menurut beliau, Farizal Marlias antara nama yang berkemungkinan besar disenaraikan bagi aksi malam esok walaupun penjaga gol tersebut masih dalam tempoh pemulihan setelah mengalami kecederaan sewaktu aksi menentang Terengganu lalu.

Keputusan muktamad bakal dibuat malam ini setelah sesi latihan terakhir dan bergantung kepada tahap kecergasan beliau tatkala dia tampak pulih daripada kecederaan di bahagian kening selepas berlanggar dengan Shane Lowry ketika aksi menyelamatkan bola dari dibocori lawan.

“Belum pasti lagi. Kita akan lihat keadaannya ketika sesi latihan sebelum aksi menentang kelab dari China itu malah Farizal sudah pulih dan dia akan turun beraksi. Apapun belum 100 peratus pasti boleh beraksi pada perlawanan pertama ACL,” katanya pada sidang media pra perlawanan hari ini menerusi Arena Metro.

Ketika ditanya pengendali dari Mexico tersebut mengenai persiapan yang dibuat, nyata Mora menegaskan para pemain beliau sudah pun bersedia dengan segala bentuk ancaman yang bakal diberikan oleh pasukan lawan dan menganggap pemilihan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue utama Kumpulan I sebagai sesuatu membawa tuah.

Dalam masa sama, pertahanan import mereka iaitu Mauricio Dos Santos juga bakal dibawa beraksi pada perlawanan malam esok untuk memperkukuhkan jentera pertahanan dari dibocori lawan sewenangnya.

Untuk peraturan pemain import yang ditetapkan dalam saingan ACL, adalah tiga pemain dan seorang pemain import kuota Asia atau Asean.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai prestasi pasukan lawan, jelas Mora beliau tidak menganggap perlawanan tersebut sebagai sesuatu yang mudah untuk mereka walaupun rata-rata pemain lawan berusia bawah 22 tahun.

“Saya tidak anggap ia mudah kerana mengenali Guangzhou FC yang memiliki akademi bolasepak terbaik di Asia sudah tentu mereka memiliki pemain berkualiti dan kami harus berwaspada dengan ancaman `anak muda’ dari China itu dan tidak boleh pandang rendah prestasti pasukan lawan,” kata Mora.

Pandangan pemain tengah berkaliber JDT, Natxo Insa pula mahu para pemain lebih berhati-hati mengenai bentuk ancaman lawan biarpun tampil dengan skuad kedua.

Selain itu, bekas pemain tengah Levante tersebut juga mengakui beraksi di laman sendiri umpama suatu tuah buat dirinya dan pasukan untuk tampil lebih bermotivasi.

“Kita tidak tahu bagaimana corak permainan lawan kerana pemain muda mempunyai keazaman yang berbeza dan sudah tentu mahu buktikan sesuatu. Jadi, kami harus fokus untuk langkah kanan,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN