Sentuhan Akmal Rizal Mampu Beri Kejutan Besar Buat Terengganu

Pengendali sementara Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli boleh dianggap kini berada dalam momentum tersendiri selepas beliau akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan pasukan tersebut untuk meraih kemenangan berharga.

Terdahulu, Penang telah pun merehatkan khidmat Chong Yee Fatt serta Manzoor Azwira yang tampil dengan prestasi tidak menyakinkan untuk digantikan kepada Akmal Rizal selaku pengendali utama.

Kali terakhir Penang mencipta kemenangan pada 8 Julai lalu menerusi ketika pasukan tersebut mengatasi Kelantan 4-3 di laman sendiri.

Selepas itu, Penang terus kempunan untuk merasai sebarang kemenangan dalam aksi Liga Super sebanyak tujuh kali berturut-turut dengan aksi terakhir, pasukan tersebut hanya mampu mencipta keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Kuching City.

Sehingga kehadiran Akmal akhirnya berjaya memacu Penang kembali meraih kemenangan berharga 3-2 mengatasi pasukan pilihan, Sri Pahang bersama corak permainan cukup menyakinkan.

Pada perlawanan lalu, Penang hadir bersama beberapa perubahan dibuat dalam kesebelasan utama sehingga menghadirkan keputusan tidak dijangka.

Paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada penyerang import mereka, Abdul Abdeen Temitope yang berjaya membuka akaun jaringan sulung beliau di Malaysia selepas tampil mengecewakan pada beberapa aksi lalu.

Untuk siri perlawanan seterusnya berdepan Terengganu, dijangka Abdeen akan terus menjadi pertaruhan utama buat Akmal dalam usaha mereka untuk mendapatkan gol di laman sendiri.

Tampil dengan pendekatan sedikit berbeza, tentunya pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner perlu berwaspada akan kejutan mampu ditampilkan tuan rumah.

Terengganu ketika ini dijangka sudah hampir pasti tidak akan layak ke pusingan seterusnya dalam saingan AFC pasti akan memberi tumpuan sepenuhnya pada baki aksi Liga Super ini.

Selepas kejayaan mereka untuk mengikat seri Central Coast Mariners pada aksi lalu, tentunya Sang Penyu kini lebih bersemangat untuk mengharungi perlawanan akan datang menentang Penang.

Rekod perlawanan lalu menyaksikan kemenangan berpihak kepada Terengganu menerusi keputusan penuh 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Tentunya aksi kali ini akan tampil berbeza dengan kedua pasukan sudah pun membuat beberapa perubahan dan perlawanan lebih sengit ditagih oleh kedua para penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN