Sentuhan ‘Ajaib’ Aidil Sharin Ditagih Kuching City Untuk Cipta Kejutan Bertemu Terengganu

Pengendali baharu Kuching City iaitu Aidil Sharin Sahak kini menjadi salah satu tumpuan buat saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, selepas pernah mencatat rekod positif sejak beberapa tahun lalu bersama Kedah Darul Aman (Kedah).

Kuching City yang buat pertama kali beraksi dalam saingan Liga Super musim ini tampil dengan sedikit tidak konsisten sebelum bekas pengendali mereka, Irfan Bakti Abu Salim melepaskan jawatan tersebut atas rasa tanggungjawab.

Beberapa perlawanan awal, perubahan positif mula dapat dilihat daripada segi corak permainan Kuching City yang kian meningkat terutama sekali ketika mereka terikat seri menentang Sabah 1-1.

Selain mendapatkan Aidil Sharin, Kuching City juga turut membuat beberapa rombakan dalam kalangan pemain import dengan Pedro Henrique antara rekrut terbaharu di posisi penyerang bersama Abu Kamara.

Pastinya kini pasukan tersebut mahu menggunakan baki saingan liga musim ini untuk berada di tangga lebih baik sebelum ianya berakhir.

Musim pertama dalam saingan Liga Super, pasukan tersebut berada di tangga terbawah sekali dengan hanya mencatat satu kemenangan bersama tujuh mata keseluruhan.

Walaupun begitu, Kuching City masih lagi kekurangan tiga perlawanan dan pastinya itu peluang terbaik buat Aidil untuk melakar kebangkitan bersama pasukan tersebut.

Apapun, aksi bertemu Terengganu malam ini dilihat sebagai sesuatu yang getir buat Kuching City untuk hadapi dalam misi mereka untuk terus mengelak daripada sebarang kekalahan.

Rekod pertemuan awal lalu menyaksikan Terengganu berjaya mencatat kemenangan 2-0 menerusi ledakan penyerang mereka iaitu Jordan Mintah di Stadium Sultan Mizan ZInal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Untuk aksi malam ini, kelebihan dilihat berpihak kepada Kuching City yang bakal mendapat sorakan padu daripada penyokong mereka di laman sendiri.

Terengganu juga pastinya mahu mengelak daripada sebarang kekalahan, kerana ini peluang mereka untuk tampil positif sebelum menyertai kejohanan Piala AFC tidak lama lagi.

Malah, pasukan tersebut juga sebelum itu telah dicabar pihak pengurusan untuk menamatkan persaingan liga musim ini di kedudukan ketiga terbaik.

Momentum positif yang dicatat pasukan tersebut sebelum ini pastinya tidak mahu dihentikan dengan misi tiga mata pastinya diintai Tomislav Steinbruckner di gelanggang lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN