Sentimen Peribadi Tak Ganggu Fokus Chantha Bin

Chantha Bin

Pemain import Perak, Thierry Chantha Bin tanpa berselindung mengakui pertemuan sulung menentang Terengganu FC (TFC) pada aksi CIMB Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak , Sabtu ini memberi makna yang cukup mendalam buat dirinya.

Seperti diketahui umum, pemain berusia 29 tahun itu pernah beraksi bersama TFC ketika menghadapi musim 2018 dan 2019 dan ia pastinya menjadi sentimen peribadi yang sedikit sebanyak menggamit kenangannya bersama ‘skuad penyu’ tersebut.

Menurut sumber laman web rasmi pasukan Perak, keadaan itu bagaimanapun disifatkan Chantha Bin tidak mengganggu fokus beliau untuk membantu pasukan baharunya itu dalam usaha meraih kemenangan.

“Perlawanan di Terengganu ini agak peribadi buat saya kerana saya pernah berkelana di sana selama dua tahun dan mempunyai anak yang lahir di sana.”

”Namun, perkara ini tidak mengganggu tumpuan saya dalam perlawanan ini. Pasukan kami bekerja keras pada setiap latihan untuk memastikan kami kekal fokus seratus peratus mengejar tiga mata pertama,” ujar pemain kelahiran Perancis itu.

“Setiap pasukan sudah pastinya memiliki kelemahan, dan Terengganu tidak terkecuali. Kami bekerja keras di setiap sesi latihan bagi mengekploitasi kelemahan lawan. Penting untuk kami kekal berdisiplin dan mematuhi arahan ketua jurulatih (Mehmed Durakovic).”

Selain kepulangan semula Chantha Bin untuk bertemu pasukan lamanya, terdapat satu lagi perkara menarik pada perlawanan ini apabila bekas kapten Perak yang menabur bakti untuk negeri kelahirannya itu selama sembilan musim, Nasir Basharudin kini menyarung jersi Terengganu FC.

Chantha Bin bersama-sama Guilherme De Paula dan Antony Golec menjadi ‘awang import’ baharu buat pasukan Perak bagi menghadapi musim 2020 selepas skuad Yob tidak menyambung kontrak Ronaldo Henrique Silva dan Hussein Eldor.

Kredit foto: Arena Seladang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN