UEL 2019/20: Manchester United ‘Mengamuk’ Di Old Trafford

Arsenal

Manchester United mara ke pusingan 16 saingan Liga Europa (UEL) 2019/20 dengan penuh bergaya selepas membelasah wakil Belgium, Club Brugge 5-0 pada aksi yang berlangsung di Old Trafford, awal pagi tadi.

Kemenangan besar itu menyaksikan The Red Devils layak ke peringkat seterusnya dengan keputusan aggregat 6-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 ketika aksi pertama di Jan Breydel Stadium, minggu lalu.

Keghairahan tuan rumah untuk merakamkan kemenangan pada perlawanan ini terserlah sejak minit ketiga perlawanan apabila rembatan padu Juan Mata dari luar kawasan penalti berjaya dinafikan penjaga gol, Simon Mignolet.

Tidak sampai seminit, Bruno Fernandes pula menguji gawang Club Brugge tetapi ledakannya sekadar singgah di tiang gol. Berselang 15 minit kemudian, Fernandes sekali lagi kecewa setelah percubaannya dalam kawasan penalti ditepis keluar Mignolet.

Malang menimpa Club Brugge apabila pemain pertahanan, Simon Deli diperintahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan dari Belanda, Serdar Gozubuyuk selepas beliau menggunakan tangan untuk menghalang percubaan daripada Daniel James sekaligus menghadiah sepakan penalti buat Manchester United.

Bruno Fernandes yang mengambil sepakan tersebut tidak melepaskan peluang untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-27. Pemain tengah kelahiran Portugal itu terus menjadi duri dalam daging buat pasukan pelawat apabila hantaran cantik dilakukannya pada minit ke-34 terus kepada Juan Mata yang kemudiannya mengumpan bola buat Odion Ighalo.

Pemain pinjaman itu dengan mudah menolak masuk bola bagi melebarkan kedudukan yang juga merupakan jaringan pertamanya sejak menyarung jersi Manchester United.

Tidak cukup dengan dua jaringan tersebut, Scott McTominay pula meletakkan nama selaku penjaring gol di minit ke-41 hasil sepakan ‘placing’ cantik dari luar kawasan penalti susulan lorongan daripada Fred.

Ketika perlawanan berbaki kurang 10 minit untuk ditamatkan, Fred cemerlang dengan tambahan dua jaringan untuk melengkapkan kemenangan 5-0 yang cukup bermakna buat Manchester United.

Kredit foto: Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN