Skuad Bangladesh sebenarnya memiliki senjata utama yang sungguh aneh tetapi luar biasa walaupun mereka dianggap gagal dalam aksi peringkat kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023.
Skuad Bengal Tigers tewas dalam kesemua tiga aksi di pusingan kelayakan dengan mereka mencatatkan kekalahan 2-0 bertemu Bahrain, 2-1 menentang Turkmenistan dan 4-1 ketika berhadapan Malaysia.
Walau mereka tewas dalam kesemua perlawanan tersebut, namun harus diakui yang skuad Bangladesh turut berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sangat menarik dalam kesemua tiga perlawanan tersebut.
2023 AFC ASIAN CUP QUALIFIERS – FINAL ROUND
FT: Malaysia 🇲🇾 4-1 🇧🇩 Bangladesh#Congratulations Malaysia on qualifying for the AFC Asian Cup 2023 !#ACQ2023 #AsianCup2023 pic.twitter.com/4CjM2nSVDk
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 14, 2022
Bangladesh mempunyai kelebihan dari segi lontaran ke dalam dan hal itu sememangnya diakui oleh semua peminat termasuk penyokong pasukan lawan.
Bangladesh menganggap lontaran ke dalam sebagai senjata utama
Pengurus skuad kebangsaan Bangladesh, Javier Cabrera mendedahkan yang lontaran ke dalam sememangnya merupakan senjata utama mereka.
Pemain pertahanan kanan Bangladesh, Bishwanath Ghosh merupakan pemain yang mempunyai kualiti hantaran ke dalam yang sungguh luar biasa.
Bercakap selepas tamat perlawanan bertemu Malaysia, Cabrera mendedahkan yang lontaran ke dalam sememangnya senjata utama skuadnnya dan mereka turut menjalani latihan khas untuk menambah baik kualiti lontaran para pemain.
Wartawan Semuanya BOLA sempat menanyakan tentang kualiti lontaran ke dalam yang dimiliki oleh skuad Bangladesh dengan Javier kemudiannya menjawab:
Dia punya lontaran ke dalam padu. Beware Harimau Malaya! Take note @SangAjiz 😂https://t.co/Sqa2Lfsl8e
— GaryLugard (@garylugard) June 14, 2022
“Ya, jelas sekali kami mempunyai tujuh pemain yang ada kualiti dari segi lontaran ke dalam dari jarak jauh, dan ia merupakan satu hal yang memang kami utamakan ketika latihan.”
Cabrera kemudiannya telah ditanya adakah beliau menganggap lontaran ke dalam sebagai senjata, beliau menjawab:
“Ya, ya ia sememangnya antara senjata utama kami.”
Lontaran ke dalam jadi satu-satunya senjata memang hal yang unik
Bangladesh berjaya menjaringkan dua gol dari tiga perlawanan dan kedua-dua gol itu terhasil melalui lontaran ke dalam.
Satu gol bertemu Turkmenistan dan satu ketika bertemu Malaysia kedua-duanya dihasilkan dari gerakan yang bermula dengan sudut lontaran ke dalam Bishwanath Ghosh.
Tidak seperti pasukan lain, Bangladesh sememangnya bergantung kepada situasi lontaran ke dalam untuk mencari gol.
Tiada serangan pantas, tiada build up play, tiada serangan dari sisi, tiada serangan dari tengah, Bangladesh sememangnya hanya memanfaatkan situasi lontaran ke dalam sahaja untuk mencari gol.
Ketika bermain, anak-anak buah Cabrera itu dilihat sekadar bermain tanpa ada sebarang taktikal.
Membuat hantaran tepat dan menahan bola pun mereka gagal lakukan dengan baik apa lagi mahu melakukan gerakan dari bawah.
Apabila pasukan bangladesh mendapat lontaran ke dalam. pic.twitter.com/zgck4UqVwG
— PG Bolasepak (@PalangGol) June 14, 2022
Dan atas alasan sama jugalah mereka hanya mampu menjaringkan gol dari situasi lontaran ke dalam sahaja sepanjang pertandingan ini.
Berbanding terlalu bergantung kepada lontaran ke dalam, skuad Bangladesh sebenarnya perlu lebih mementingkan aspek taktikal kerana mereka sememangnya mempunyai potensi untuk menjadi skuad yang mantap.