Apa sudah jadi dengan Arda Turan? Daripada bintang bola sepak global – karier beliau semakin merudum – dan kini menjadi penjenayah. Arda Turan yang ketika ini masih di Turki bersama dengan Istanbul Basaksehir secara pinjaman.
Pada tahun lalu Turan dilaporkan telah mengganggu isteri kepada penyanyi pop – Berkay Sahin – yang juga rakannya. Perbuatannya itu telah mencetuskan pergaduhan dengan bintang pop Turki, Berkay Sahin.
Berkay marah dengan Arda Turan dilaporkan bermulut celupar dan cuba ‘mengurat’ isteri Sahin iaitu Ozlem Ada Sahin. Turan berkata kepada Ada: “Jika saya masih bujang, saya tak akan lepaskan wanita seperti kamu.”
Turan pada awalnya menafikan beliau ada bergaduh dengan Berkay Sahin yang merupakan sahabat karibnya. Namun terdapat beberapa rakamn video dipaparkan oleh beberapa siaran tv di Turki – yang jelas memaparkan pergaduhan Turan dan Sahin.
Arda Turan menceroboh hospital dengan membawa pistol. Dia kemudia menemui Berkay Sahin dan berkata: “Saya tak tahu yang perempuan itu isteri kamu. Saya minta maaf! bunuhlah saya.”
Arda Turan kemudian di panggil ke balai polis untuk memberikan keterangan berkaitan dengan insiden itu.
Sahin kemudian menghantar isterinya balik ke rumah terlebih dahulu untuk bersemuka dengan Arda Turan, 1 lawan 1. Namun Turan yang tak dapat mengawal kemarahannya telah menumbuk hidung Berkay Sahin dan membuatkan hidung penyanyi itu patah.
Berkay Sahin dikejarkan ke hospital. Arda Turan mengekori kereta yang membawa Berkay dan menunjukkan pistolnya kepada Berkay.Turan mahu Berkay menggunakan pistol itu untuk membunuhnya kerana kesilapannya.
“Saya tak tahu yang dia isteri kamu, saya minta maaf. Bunuhlah saya.”
“Saya tak tahu dia isteri kamu.”
Anadolu Agency menyatakan, sekiranya didapati bersalah, Arda Turan bakal berhadapan hukuman penjara sekitar 3 tahun sehingga 12 tahun 6 bulan.
Ini kerana beliau akan berhadapan 4 pertuduhan iaitu gangguan seksual, memiliki senjata api tanpa lesen, sengaja mengakibatkan kecederaa dan menceroboh premis awam dengan keadaan merbahayakan keselamatan awam.
Perbicaraan kes tersebut sudah bermula semalam yang mendapat liputan meluas oleh media Turki dan antarabangsa. Berkay Sahin dan isterinya (gambar) turut hadir.
Polis meningkatkan tahap keselamatan di bilik perbicaraan. Perdengaran kes tersebut yang seterusnya akan dilakukan pada 19 Jun.
Turan memang terkenal dengan panas barannya dan banyak terlibat dalam kontroversi. Pada May 2018, beliau didenda £7,000 dan gantung 16 perlawanan kerana mengasari penjaga garisan.
Dan ini bukannya kali pertama Turan terlibat pergaduhan. Tahun lalu, Fatih Terim membuang beliau daripada pasukan selepas menumbuk petugas media pasukan Turki ketika dalam penerbangan.
Selepas insiden itu, Turan kemudian mengumumkan persaraannya daripada pasukan Turki.