‘Sengaja Sukarkan Malaysia’ – Shin Tae-yong Sengaja Guna 4 Taktikal & Formasi Berbeza

Sejauh manakah kebijaksanaan pengendali dari Korea Selatan, Shin Tae-yong telah mengelirukan Tan Cheng Hoe dan anak buahnya dalam pertemuan di antara kedua-dua pasukan pada malam tadi?

Apa pun perancangan yang telah dilakukan oleh Shin Tae-yong, ia nyata berkesan dan berjaya dilaksanakan anak buahnya dengan cemerlang sekali sehingga dengan mudah meratah pasukan negara dengan kemenangan 4-1.

Tatkala saingan di peringkat awal perhatian penyokong bola sepak di Malaysia cenderung dan lebih tertumpu kepada kebijaksanaan pengendali Vietnam, Park Hang-seo, secara diam-diam Shin Tae-yong juga merencana perancangan beliau tersendiri untuk memerangkap skuad Harimau Malaya.

Perubahan taktikal ikut lawan

Melalui laporan Bola Sport, jurulatih dari Korea Selatan itu mengakui beliau menggunakan taktikal berbeza dalam empat perlawanan membabitkan skuad Garyda sepanjang saingan Kumpulan B Piala AFF.

Menurut Shin Tae-yong perubahan taktikal yang dilakukannya adalah berdasarkan karakter lawan – kekuatan dan kelemahan – yang perlu dihadapi oleh Indonesia.

Ketika berhadapan Kemboja, Shin Tae-yong menggunakan formasi 4-1-2-3/4-3-3, dengan seorang defensive midfielder.

Taktikal tersebut sebenarnya sudah biasa digunakan jurulatih itu dalam beberapa perlawanan skuad kebangsaan Indonesia sebelum bermulanya Piala AFF. Hasilnya, Indonesia menang ke atas Kemboja dengan jarinagn 4-2.

Dalam perlawanan menentang Laos pula, Shin  Tae-yong memulakan perlawanan dengan lima perubahan, menurunkan pemain yang tidak beraksi menentang Kemboja. Sekali lagi Indonesia cemerlang menang 5-1 ke atas Laos.

Perubahan terus dilakukan ketika berhadapan Vietnam. Shin Tae-yong menggunakan tiga pemain pertahanan dengan menggandingkan Fachruddin Aryanto, Alfeandra Dewangga, dan Risky Ridho, yang diapit oleh dua bek sayap, Pratama Arhan dan Asnawi Mangkualam.

Dalam perlawanan tersbeut, Shin Tae-yong sememangnya mahu bermain secara bertahan karena menyedari ancaman serangan yang dimiliki oleh Vietnam. Nyata ia membuahkan hasil, dan Indonesia berjaya mengikat Vietnam 0-0 sambil meraih satu mata berharga.

Malaysia keliru?

Menjelang perlawanan menentang Indonsia, kem Malaysia sudah mulai tertanya-tanya sama ada Indonesia akan bertahan sepertimana berhadapan Vietnam atau akan menyerang ketika beraksi menentang Laos dan Kemboja.

Menyedari Indonesia hanya memerlukan satu mata, Tan Cheng Hoe melalui sidang media sebelum perlawanan meramalkan skuad Garuda berkemungkinan besar akan menampilkan corak permainan bertahan menentang skuad Harimau Malaya.

 

Tetapi sebaliknya berlaku apabila perubahan strategi kembali dilakukan Shin Tae-yong saat melawan Malaysia. Jurulatih itu kali ini menggunakan formasi 4-4-2 yang mengandalkan gandingan Witan Sulaeman dan Ezra Walian di jentera serangan.

Kebiasaanya Witan Sulaeman bermain sebagai penyerang sayap, namun dalam perlawanan menentang Malaysia posisi itu diisi oleh Ramai Rumakiek.

Witan Sulaeman juga diberikan kebebasan untuk bergerak mendapatkan bola dan melibatkan diri dalam permainan, dan tidak berada di dalam zon serangan semata-mata.

Sementara Ezra Walian difokuskan untuk menghadirkan ancaman bola tinggi bagi mengalihkan perhatian pemain pertahanan Malaysia.

Penjelasan Shin Tae-yong

Taktik Shin Tae-yong itu jelas berhasil dan memberikan kemenangan muda 4-1 ke atas Malaysia. Malah selain daripada gol awal Kogileswaran Raj, Malaysia seolah-olah tiada jawapan kepada perangkap yang dipasang oleh jurulatih berusia 53 tahun itu.

“Jadi kami memang mengubah formasi supaya lawan pun susah membaca dan menganalisis corak permainan kami,” akui Shin Tae-yong.

“Tetapi kami juga berhadapan kesukaran [tidak mudah] untuk mengubah formasi setiap perlawanan.”

Jurulatih tersebut turut mendedahkan sebelum perlawanan, beliau cuba menjelaskan taktikal dan strategi kepada barisan pemainnya. Sebagai jurulatih, beliau hanya berharap pasukannya mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

“Jadi memang kami ada berbincang untuk formasi yang ingin saya inginkan. Kami juga mengubah formasi sedikit-sedikit bergantung [kepada] kelemahan lawan,” tambah Shin Tae-yong.

Taktik yang dimainkan Shin Tae-yong terutamanya menggunakan ruang di sebelah kiri benteng Malaysia nyata berhasil membawa Indonesia mara ke separuh akhie Piala AFF 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN