Melaka United Rancak Lakukan Persiapan Hadapi Musim 2022

Melaka United

Sebelum penghujung tahun ini, Melaka United akan mengumumkan barisan pemain dan kejurulatihan kepada para peminat selain beberapa nama baharu dijangka akan menyertai pasukan tersebut.

Hal ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat yang menjelaskan pengurusan sedang menyiapkan segalanya dan sudah berada pada proses akhir.

Semuanya dijangka akan diumumkan sebelum 31 Disember ini.

Beliau berkata, pengurusan MU sedang berada dalam bahagian akhir untuk persiapan pasukan dan ada beberapa rencana terbaik mengenai perbelanjaan musim hadapan.

Beliau juga berkata dengan strategi yang baik serta pelan yang mantap mampu membuatkan Melaka tampil hebat untuk musim hadapan.

Tambah beliau, sokongan para peminat amat dihargai dan diharap sokongan tersebut menjadi tonik terbaik untuk pasukan mencipta kejayaan pada masa hadapan.

Untuk rekod musim ini, Melaka tampil cemerlang dalam kempen Piala Malaysia apabila menyamai rekod sebelum ini iaitu mara ke peringkat separuh akhir kejohanan tersebut pada tahun 1983.

Cuma langkah skuad ini terhenti hanya di separuh akhir apabila tewas di tangan juara Piala Malaysia 2021, KL City menerusi sepakan penalti.

Pada awal persiapan pra-musim ini, Melaka United terlebih dahulu berjaya membawa tiga orang pemain dengan dua daripada pasukan Johor Darul Takzim serta seorang dari Selangor.

Pasukan tersebut juga melepaskan dua pemain dengan Jang Suk-won antara tonggak yang dilepaskan dan menyertai pasukan Kedah Darul Aman pada musim hadapan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN