Senarai Trio Serangan Terbaik Barcelona Pernah Hasilkan Sejak Era Messi

Barcelona sememangnya dikenali sebagai antara pasukan di eropah yang memiliki jentera serangan paling berbahaya di dunia sejak 20 tahun yang lalu.

Semua itu adalah kerana kejayaan mereka menghasilkan gandingan serangan atau trio serangan yang digeruni. Untuk itu, Barcelona harus berterima kasih kepada penyerang Argentina, Lionel Messi. Pemain ini telah menjadi nukleus penting kepada setiap trio yang dibentuk di Nou Camp.

Musim akan datang, pengurus Barcelona dijangka akan memperkenalkan trio baharu yang terdiri daripada Messi, Memphis Depay dan Sergio Aguero.

Sebelum itu, kita imbas kembali antara trio-trio terbaik pernah dibentuk Barcelona dan pencapaian mereka sejak era Messi.

1. Lionel Messi-Eto’o-Ronaldinho

Tempoh bersama: 2004-2007
Trofi dimenangi: La Liga (2), 2005/06 UEFA Champions League, Supercopa de España (2)

Merupakan antara trio terawal Barcelona pada era Messi. Barcelona yang sebelum itu seperti hilang dari status gergasi eropah juga kembali menjadi antara pasukan digeruni dengan kehadiran trio penyerang antara yang terbaik pernah dimiliki oleh kelab Catalan ini.

Ronaldinho adalah pemain yang penuh dengan magis. Seorang genius ketika bola di kaki, dan hampir tidak boleh dihalang.

Samuel Eto’o memiliki penyudah yang tajam, disulam dengan kepantasan, teknik yang tajam dan seorang pemain yang sentiasa bernafsu dalam perlawanan besar. Manakala Lionel Messi adalah satu bakat luar biasa, masih muda dan punyai tenaga.

 

2. Messi-Eto’o-Henry

Tahun bersama: 2007-2009
Trofi dimenangi: 2008/09 Copa del Rey, 2008/o9 La Liga, 2008/09 UEFA Champions League

Corak permainan Barcelona akan sentiasa berkait dengan sistem 4-3-3, dengan 3 rangkaian di hadapan sering mendapat perhatian.

Siapa yang berani meragukan impak yang dibawa oleh gandingan trio Messi-Eto’o-Henry untuk mencapai kejayaan treble pada musim 2008/09? Segalanya tampak sangat sempurna pada musim tersebut. Barcelona memiliki barisan pemain yang terhebat di dunia dan juga telah mengubah cara permainan bola sepak pada masa itu.

Perpindahan Eto’o dan kemerosotan prestasi Henry selepas itu bermakna gandingan ini benar-benar menyinar untuk tempoh semusim tersebut.

Siapakah yang boleh melupakan antara musim terbaik yang pernah dimiliki oleh kelab Catalan tersebut?

 

3. Messi-Pedro-Villa

Tempoh bersama: 2010-2013
Trofi dimenangi: Supercopa de España (2), La Liga (2), 2010/11 UEFA Champions League

Ini adalah barisan penyerang yang dianggap sebagai fenomena bagi sebuah pasukan terhebat di dunia. Sekali lagi Pep Guardiola menjadikan Lionel Messi sebagai tunjang kehebatan kelab Catalan berkenaan.

Messi beraksi sebagai false nine dan kerap turun ke bawah bersama pemain di bahagian tengah. Ini membenarkan David Villa membinasakan lawan dari arah sayap kiri dengan penyudahnya yang tajam.

Pedro juga tidak terkecuali. Penyudah dan ketenangan Pedro melengkapkan trio Barcelona ini.

Satu perkara yang merencatkan kegebatan gandingan trio ini adalah kecederaan patah kaki yang dialami oleh Villa pada 2011.

Tanpa Villa, Barca menyerah kalah dalam saingan La Liga dan juga UEFA Champions League. Kerakusan Barcelona kembali kepada normal sekembalinya Villa dari kecederaan dan Barcelona memenangi La Liga dengan 100 mata pada musim berikutnya!

 

4. Messi-Suárez-Neymar

Tempoh bersama: 2014-2017
Trofi dimenangi: La Liga (2), Copa del Rey (3), 2014/15 UEFA Champions League, 2015 UEFA Super Cup, 2015 FIFA Club World Cup, 2016 Supercopa de España

Persamaan untuk gandingan ini ialah emas. Sempurna. Gandingan bakat 3 pemain luar biasa yang tidak akan kita saksikan lagi. Berpeluang menyaksikan 3 pemain sehebat ini bermain di dalam satu pasukan, ia bagaikan pertunjukkan magis.

3 Copa del Rey, dan dua kejuaraan dometik direkodkan secara berturut-turut. Apa yang dicapai oleh ketiga-tiga gandingan ini, tidak pernah tercapai oleh mana-mana pemain di Sepanyol sejak 1950 an.

Jika mereka terus digandingkan, siapa tahu apa yang mampu mereka capai pada musim hadapan. Mungkinkah penulis dan sahabat pembaca harus menerima kenyataan walaupun pahit.

Bahawasanya tidak ada perkara indah yang akan sentisa kekal di dunia ini.

 

5. Messi-Suarez-Coutinho

Tempoh bersama: 2018-2019
Trofi dimenangi: La Liga (2), Copa del Rey (2), Supercopa de Espana (2018)

Bukanlah trio terbaik Barcelona pernah miliki, namun tetap memberikan ancaman terutama pada peringkat awal Philippe Coutinho menyertai Barcelona.

Trio serangan Coutinho-Suarez-Messi ini memiliki keupayaan yang sangat tinggi untuk bergerak dalam ruang yang padat. Bak kata Jim Beglin, mereka ibarat boleh masuk ke dalam lubang jarum sekalipun.

Sistem mereka adalah berasaskan pertukaran hantaran dan juga keupayaan inividu yang tinggi untuk mencipta dan menyudahkan gol.

Suarez memiliki keupayaan menggelecek dan gerakan tanpa bola yang sangat sukar untuk dihentikan. Beliau seperti sangat semulajadi di garisan akhir pertahanan untuk bertindak pada masa tepat dan mengelak ofsaid.

Coutinho pula licik dan memiliki keupayaan untuk mencipta gol dengan pelbagai cara. Sama ada menerusi hantaran lolos, ataupun hantaran lintang. Pastinya beliau berterima kasih kerana pernah bermain di EPL untuk meningkatkan aspek hantaran lintang.

Lionel Messi pula tak perlu diceritakan panjang lebar. Beliau boleh menentukan nasib pasukan beliau di tangannya seorang diri. Pemain yang dikurniakan kepantasan, visi, penyudah serta kelicikan. Trio ini sudah mencipta secara langsung hampir 100 gol (termasuk jumlah jaringan dan assist) di antara mereka.

Rumusan

Selepas era Messi-Suarez-Coutinho, Barcelona cuba mengandingkan beberapa pemain lain bersama Messi tetapi gagal memberikan impak yang diharapkan. Antara gandingan yang pernah diusahakan adalah seperti gandingan Messi-  Antoine Griezmann-Ousmane Dembele namun gandingan tersebut gagal menghasilkan impak seperti yang diharapkan.

Beberapa jurulatih seperti Ernesto Valverde, Quique Setien dan Ronald Koeman turut menggunakan pemain lain seperti Ansu Fati dan Martin Braithwaite namun keserasian tetap sukar diperolehi.

Adakah gandingan Messi, Depay dan Aguero mampu menjadikan Barcelona kembali sebagai pasukan digeruni di Sepanyol dan pertandingan Eropah selepas ini?

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai Barcelona di sini:

Mampukah Gandingan Messi-Aguero-Depay Menandingi Kehebatan Trio MSN?

Sah Mendarat Di Nou Camp, Analisis Bagaimana Depay Akan Berfungsi Di Barcelona

5 Pemain Yang Perlu Tinggalkan Barcelona Demi Masa Depan Lebih Cerah

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN