Mampukah Gandingan Messi-Aguero-Depay Menandingi Kehebatan Trio MSN?

Depay Aguero Messi Barcelona

Selepas disahkan akan terus kekal di Barcelona untuk tempoh lima tahun lagi, Lionel Messi kini berdepan tugas berat untuk mengembalikan kegemilangan The Blaugarana di pentas Eropah.

Pengarus Barca, Ronald Koeman mula memberi amaran kepada pasukan-pasukan pesaing lain bahawa ayam tambatannya itu masih mampu untuk memberikan impak besar untuk tahun-tahun mendatang walaupun usianya telah mencecah 34 tahun,

Pengaruh Messi tidak perlu dipertikaikan lagi. Musim lalu beliau sekali lagi memeterikan namanya selaku penjaring gol terbanyak La Liga dengan 30 gol. Dalam semua pertandingan, beliau telah mengumpul 38 gol dan 12 bantuan jaringan.

“Messi merupakan pemain yang sangat penting, dia adalah kapten dan contoh buat pemain lain,” ujar Koeman dalam sidang media tempoh hari.

“Walaupun pada awal musim lalu situasi agak sukar, namun kemudian dia kembali mempamerkan kemampuan sebenarnya.

“Dia memang benar-benar mahu memenangi Copa Amerika. Sebagai pemain terbaik dunia, dia berjaya melakukannya, dan saya yakin dia boleh menang banyak lagi. Bagi saya, dia adalah calon terbaik untuk memenangi Ballon d’Or.”

https://twitter.com/Lionel10Team/status/1417475258362339334?s=20

Koeman menegaskan keberadaan Messi dan pemain-pemain berpengalaman lain di Barcelona akan memberi keseimbangan buat pasukan tersebut yang telah membawa masuk beberapa pemain baharu kebelakangan ini.

“Pemain-pemain veteren masih mempunyai peranan yang penting di dalam skuad ini. Mereka telah membuktikannya pada musim lalu. Di sebuah kelab seperti, keseimbangan antara pemain muda dan berpengalaman harus ada.”

Bagi Koeman, kehadiran dua pemain baharu Memphis Depay dan Sergio Aguero yang tiba di Nou Camp menerusi perpindahan percuma baru-baru ini akan mengurangkan bebanan di atas bahu Messi.

“Saya mengenali Memphis dengan sangat baik dan tahu kemampuan dan caranya bekerja,” tambah Koeman lagi.

“Dia merupakan pemain yang serba boleh, mampu bermain di posisi berbeza sewaktu menyerang, memiliki karakter, fizikal dan kepantasan yang cukup baik. Kini dia di usia kemuncak untuk membuktikan kemampuannya.

“Sergio pula tidak perlu diperkatakan banyak lagi tentangnya. Dia adalah pemain yang sangat berpengalaman dan berbahaya di dalam kotak penalti.

“Yang penting adalah mereka semua dalam keadaan fizikal yang baik dan penting untuk kami memastikan semua pemain berada dalam prestasi terbaik menjelang musim baharu ini.”

Penyokong Barcelona kini mengharapkan gandingan tiga pemain ini mampu mengembalikan kegemilangan trio MSN (Messi-Suarez-Neymar) yang cukup digeruni di pentas Eropah tidak lama dahulu.

Sejak penghijrahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG), beberapa nama besar yang dibawa masuk gagal mencipta impak yang diharapkan seperti Ousmane Dembele, Philippe Coutinho, Antoine Griezmann.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Senarai Penyerang Berbisa Bertukar “Lemau” Selepas Disambar Chelsea

Mengapa Bruno Fernandes Jalani Latihan Pra Musim Sendirian Di Boavista?

7 Bintang Liverpool Bakal Diberi “Kontrak Mewah”, Kapten Henderson Jadi Korban?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN