5 Senarai Semak Zainal Abidin Di Pulau Pinang

Sempena dengan perlantikan ketua jurulatih baru di Pulau Pinang, kami ada beberapa senarai semak yang harus dilakukan Zainal Abidin di sana.

Gambar: Zaid Ayid/Asiana

1. Mentaliti

Zainal Abidin perlu memberikan fokus kepada isu ini. Pemain-pemain Pulau Pinang jelas ada masalah mentaliti.

Mentaliti untuk menang adalah penting. Ini yang mereka hilang, bukan sahaja pada musim ini, malah pada musim lalu.

Dengan kredibiliti personaliti yang ada pada Zainal Abidin, beliau mungkin boleh memperbaiki isu mentaliti ini.

2. Serangan

Pulau Pinang jelas pasukan yang sangat bermasalah dengan serangan. Pemain seperti Jeffrey Chew dan Faiz Subri antara pemain yang harus memperbaiki aspek penyudah mereka di hadapan gol.

Gambar: Irzan Ariffin/Asiana

Serangan juga melibatkan aktiviti secara berpasukan. Jadi, mereka memerlukan satu sistem yang konsisten untuk mencipta dan menghasilkan gol.

Sudah tiba masanya untuk Zainal menilai kesemua penyerang beliau dan melakukan apa yang patut.

Kami juga berharap agar penyerang tempatan terus diberikan tempat di dalam pasukan Pulau Pinang. Pada masa yang sama, sila balas kepercayaan jurulatih!

3. Formasi dan taktikal

Pulau Pinang bergelut dengan formasi dan taktikal utama pasukan mereka.

Jadi, salah satu perkara yang memerlukan Zainal beritahu segera kepada kem Pulau Pinang adalah, bagamaina cara kita akan bermain.

Ashley Westwood sebelum ini menggariskan isu bola sepak dengan penguasaan bola dan hataran bola rendah.

Jadi, Zainal Abidin mungkin harus mempertimbangkan untuk mengekalkan elemen tersebut.

4. Kepimpinan di dalam padang

Aspek yang Pulau Pinang harus perbaiki juga. Mereka perlu lebih kuatkan aspek ini. Pemimpin di dalam padang bukan semata-mata kapten, malah pemain-pemain lain juga boleh melakukannya.

Perlu ada jeneral di dalam padang yang boleh menaikkan semangat pemain-pemain lain.

Ini adalah hal serius, mereka sedang bertarung di zon penyingkiran walaupun musim liga masih belum separuh.

5. Pertahanan

Mereka menyertai PKNS dan T-team sebagai pasukan yang bocor 16 kali selepas 8 perlawanan.

Gambar: Irzan Ariffin/Asiana

Ianya purata 2 bolos per perlawanan. Memang statistik yang sangat teruk. Mereka gagal bertahan dan payah menjaringkan gol.

Zainal Abidin dikenali dengan sistem taktikal yang fokus kepada pertahanan dan serangan balas.

Diharap beliau dapat memperbaiki isu ini.

Rumusan

Itulah 5 senarai semak yang kami rasakan Zainal Abidin perlu lakukan. Diharap ia dapat diperbaiki dan menarik semula kepercayaan segelintir penyokong Pulau Pinang yang agak kecewa sebelum ini.

Kepada pasukan Pulau Pinang dan Zainal Abidin Hassan, kami ucapkan selamat berjuang!

Baca juga: Zainal Abidin Hassan Dilantik Sebagai Jurulatih Baharu Pulau Pinang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN