Quantcast

BERITA

Zainal Abidin Hassan Dilantik Sebagai Jurulatih Baharu Pulau Pinang

Zainal Abidin Hassan sah dilantik sebagai jurulatih baharu skuad Pulau Pinang.

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, Zainal dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebagai pengganti Ashley Westwood yang bersetuju untuk berpisah dengan pasukan dari utara tanah air itu.

Gambar: Zaid Ayid/Asiana

Tugas berat menanti

Bekas pengendali Selangor dan Pahang itu bagaimana pun mengalami tugas sukar.

Hal ini kerana, beliau perlu mengubah persepsi pasukan yang belum lagi menang sebarang perlawanan Liga Super setakat ini.

Misi pertama Zainal pastinya adalah untuk membawa Pulau Pinang ke Piala Malaysia. Walaupun peluang semakin samar, namun Pulau Pinang masih ada peluang berbaki 3 perlawanan untuk membuktikan sesuatu.

Jika tidak layak ke Piala Malaysia, tugas utama menanti Zainal adalah untuk membawa Pulau Pinang untuk tidak tersingkir dari Liga Super pada musim ini.

Zainal dijangka akan diperkenalkan kepada media pada satu sidang khas yang dilakukan oleh pihak FAP di bangunan Komtar.

Ia akan diadakan pada jam 12 tengah hari pada 24 Mac (Jumaat) di pejabat ketua menteri, tingkat 28.

Selamat datang dan semoga berjaya buat Zainal Abidin Hassan!

Baca juga: Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!