SemuanyaBOLA XI LS7: Faiz Nasir Dan 3 Pemain Pahang Dalam Senarai Kami

Dalam aksi LS7 – beberapa pemain terus menunjukkan aksi cemerlang. Sebelum itu, ini adalah kedudukan liga setakat ini:

Berikut pula adalah kesebelasan pilihan kami untuk LS7.

Penjaga gol – Ifwat Akmal (Kedah)

Ifwat Akmal antara sebab Kedah berjaya mendapat 1 mata dalam aksi menentang JDT. Beliau melakukan 7 ‘saves’ dan 3 daripadanya adalah ‘big saves’ dalam aksi tersebut.

Bek kiri – Mohd Aidzulridwan (PJ City)

Beliau beraksi cemerlang ketika bertahan untuk menafikan banyak peluang PKNS FC.

Aidzulridzwan turut menjadi penjaring gol kemenangan – jaringan tunggal – untuk mengakhiri rekod tanpa kalah PKNS FC dalam 4 perlawanan.

Bek tengah – Herold Goulon (Pahang)

Beliau berjaya menunjukkan aksi cemerlang bergandingan dengan Muslim Ahmad ketika aksi menentang Felda United. Herold Goulon boleh dikatakan antara perlaburan berbaloi pasukan Pahang setakat ini.

Beliau pemain yang kuat ketika di udara dan menjadi ancaman tambahan pada situasi bola mati.

Bek tengah – Shukor Adan (Melaka)

Aksi Melaka berhadapan dengan Perak, pemain veteran ini bermain di posisi bek tengah.

MFL
Shukor Adan. FOTO: MUSA

Beliau adalah pemain pertahanan terbaik di dalam perlawanan tersebut. Melakukan beberapa ‘clearances’ dan juga aksi kental ketika bertahan.

Bek kanan – Matthew Davies (Pahang)

Davies beraksi cemerlang ketika berhadapan dengan Felda United. Beliau melakukan beberapa gerakan ‘signature’ beliau ke zon pertahanan dan mencipta beberapa peluang gol.

Beliau juga berdisiplin ketika bertahan untuk memastikan Hadin Azman tidak mendapat ruang selesa.

Tengah defensif – Amirul Hisyam (Kedah)

Sudah terlalu lama untuk kita menantikan aksi seperti ini daripada seorang ‘destroyer’ yang dianggap antara prospek dalam bola sepak Malaysia.

Beliau menyukarkan serangan JDT menerusi saluran tengah. Berupaya untuk memusnahkan gerakan dan ruang dengan berkesan – terutama sekali ketika meneutralkan Natxo Insa. Aksi terbaik beliau dalam 2 musim terakhir ini – setakat ini.

Tengah – Thomas Abbey (PKNP FC)

Aksi dominan/ ‘bossing’ beliau di tengah membuatkan PKNP FC sangat stabil. Pemain yang kental – rajin turun naik dalam transisi bertahan dan serangan.

Beliau juga banyak melakukan ‘playmaking’ dari bahagian tengah dan mencipta 1 peluang gol. Pastinya PKNP FC mahu aksi seperti ini diteruskan.

Tengah ofensif – Faiz Nasir (Selangor)

Boleh dikata satu-satunya ancaman untuk pasukan selangor setelah kecederaan Rufino dan bermain dengan efektif sebagai ‘central winger’ di belakang Sandro.

Menjaringkan gol pertama untuk pasukan Selangor, gol tunggal perlawanan, dan kemenangan pertama Selangor di SSA, setelah kembali dari Cheras. ‘Workrate’ yang sangat bagus, pemain paling kecil diatas padang, tapi paling keras dan kental.

Faiz Nasir (Foto: Selangor FA)

Main player yang memainkan peranan penting dalam transisi serangan dan bertahan Selangor ketika mementang Terenggganu – maka tak hairanlha beliau dipuji Irfan Bakti.

Sayap kiri – Zuhair Aizat (Pahang)

Kualiti pemain ini terus menjadi bualan. Beliau sekali lagi terlibat secara langsung kepada gol pasukan Pahang. Zuhair Aizat melakukan assist kepada Faisal Halim selepas satu ‘quick thinking’ dan ‘quick play’ daripada beliau.

Zuhair Aizat berjaya bermain dengan tajam di sebelah kiri dan memberikan Felda United masalah tambahan.

Sayap kanan- Safawi Rasid (JDT)

Beliau dikawal ketat oleh pertahanan Kedah. Namun masih berjaya menjadi ancaman utama. Sepakan percuma cantik beliau turut menerjah gawang.

Kredit: JST

Walaupun baru tamat tugasan dengan skuad B-23, namun tahap kecergasan beliau sangat baik dalam perlawanan ini.

Penyerang tengah – Giancarlo Rodrigues (PKNP FC)

2 gol beliau berjaya membantu PKNP FC menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam Liga Super musim ini. Beliau menjadi ancaman utama KLFA.

Giancarlo turut memiliki kemampuan untuk melakukan linking up yang berkesan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN