Benzema Cipta Rekod Unik Yang Tidak Dimiliki Oleh Messi Dan Ronaldo

Rekod sentiasa menjadi catatan yang boleh dibanggakan oleh seorang pemain bola sepak profesional. Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo misalnya memiliki rekod unik sebagai pemain bola sepak paling kerap memenangi Ballon d’Or –  rekod yang dikongsi bersama oleh kedua-dua pemain tersebut.

Sepanjang karier masing-masing, Messi dan juga Ronaldo turut memecahkan pelbagai rekod kelab dan La Liga. Namun satu rekod ini, tidak pernah dilakukan oleh Messi  atau pun Ronaldo – walau ketika kapten Portugal itu masih beraksi bersama Real Madrid sebelum ini.

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Rekod La Liga

Sejarah telah dicipta dicipta di Real Madrid apabila Karim Benzema bukan sahaja mencipta rekod kelab, tetapi juga turut mencipta rekod di La Liga Santander.

Real Madrid menewaskan SD Huesca 3-2 dalam perlawanan yang mendebarkan di Estadio Santiago Bernabeu pada awal pagi tadi. Benzema bukan sahaja menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir dalam perlawanan tersebut.


Jaringan minit ke-89 itu juga bermakna pemain dari Perancis itu telah menjaringkan gol menentang setiap pasukan yang pernah dihadapi, sepanjang karier beliau di Sepanyol.

Untuk rekod, Huesca adalah pasukan ke-34 yang dihadapi oleh Benzema bersama Real Madrid. Ini bermakna Benzema telah menjaringkan gol menentang setiap 34 pasukan yang pernah beliau tentang.

Messi dan Ronaldo

Rekod tersebut gagal disaingi oleh Messi mahu pun oleh Ronaldo – dua figura tersohor La Liga sebelum ini.

Bintang Argentina, Messi misalnya hanya berjaya menjaringkan gol menentang 37 pasukan daripada 40 yang pernah beliau hadapi bersama Barcelona. Tiga kelab dimana Messi gagal mencetak sebarang gol adalah Cadiz, Murcia dan juga Huesca.

Ronaldo pula hanya gagal menjaringkan gol ketika menentang Leganese sepanjang karier beliau di Sepanyol. Untuk rekod, kapten Portugal itu telah menjaringkan gol menentang 32 pasukan daripada 33 pasukan keseluruhan yang pernah beliau hadapi bersama skaud Los Blancos.

Unik

Selain daripada Benzema, penyerang Mexico, Hugo Sanchez turut telah menjaringkan gol menentang semua pasukan yang beliau hadapi. Namun bintang Atletico dan Real itu berbuat demikian menentang 33 pasukan yang beliau hadapi, bermakna rekod Benzema berjaya mengatasi rekod Sanchez.

Raul turut menjaringkan gol menentang 35 pasukan yang beliau pernah hadapi di La Liga. Namun gagal menjaringkan gol menentang empat pasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN