Semuanya RECAP #1: 10 Benda Menarik Yang Mungkin Anda Miss Minggu Ini

1. Lawak penjaga gol Lichtenstein, Cengiz Biçer semasa perlawanan menentang Sweden dalam kempen kelayakan Euro 2016

2. Perlawanan liga Argentina dihentikan sementara untuk sesi membelai binatang peliharaan comel

3. Sports Interactive mengeluarkan dokumentari ‘An Alternative Reality: The Football Manager Documentary’ yang mengisahkan ragam peminat fanatik permainan simulasi Football Manager dan impaknya dalam kehidupan mereka.

football-manager-documentary
Kredit: World Soccer Talk

4. Pertahanan kiri Estonia, Artur Pikk yang terus balik ke markas tentera untuk menjalani latihan khidmat negara selepas membuat kemunculan sulung dalam kelayakan Euro 2016.

Soccer - UEFA Euro 2016 - Qualifying - Group E - Estonia v England - A. Le Coq Arena
Kredit: Who Ate All The Pies

artur-pikk-500x615
Kredit: Ott Jarvela Images

5. Pertahanan tengah Inter Milan, Juan Jesus bergaduh dengan penyokong Inter Milan yang mengutuknya di Twitter dengan berkata “Saya akan berikan gaji saya dan saya mahu awak cuba jalani kehidupan saya. Ikut cakap awak, hidup saya senang kan?”

2

6. Pemain Perancis bawah-21, Layvin Kurzawa menerima balasan karma selepas meraikan jaringannya dengan berlagak di depan pemain Sweden. Dua minit sebelum perlawanan tamat, pemain Sweden menjaringkan gol yang menyingkirkan Perancis dari kejohanan Euro 2015 bawah 21. Pemain Sweden meraikan jaringan mereka dengan cara sama.

Untitled

1

7. Datuk Bandar London, Boris Johnson langsung tidak memberi belas kasihan ketika bermain bola sepak dengan kanak-kanak 9 tahun.

8. Gary Neville mengutuk gol terkenal Ryan Giggs menentang Arsenal (FA Cup 1999)

9. Pep Guardiola mendedahkan dalam buku terbarunya ‘Pep Confidential’ yang beliau BENCI tiki-taka. WHAAAAAAT….???!!!

Pep_3072423a
Kredit: Telegraph UK

10. Dan yang terakhir sekali, seorang penjaga gol di liga Belanda sempat membuang air kecil ketika perlawanan di belakang golnya. Pemerhatian tajam dari cameraman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN