Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL KAJIAN & FAKTA

Piala Malaysia 2014 – Kedah (3) vs (1) Pahang

Rumusan Separuh Akhir Pusingan Pertama Piala Malaysia 2014 di antara Kedah dan Pahang

Kedah (3)-(1) Pahang
– Namkung Woong (Minit ke 9)  Kedah
– Farhan Roslan (Minit ke 49) Kedah
– Matias Conti (Minit ke 90+1) Pahang
– Khyril Muhymeen (Minit 90+4) Kedah

– Kedah menggunakan formasi  4-4-1-1, dengan Billy Mehmet akan menjadi penyerang tunggal dibantu oleh Namkung Wong. Tugas utama Namkung adalah menjadi penghubung antara barisan tengah dan penyerang tunggal.

– Pahang pula menggunakan formasi 4-4-2. Matias Konti akan berpasangan dengan Fauzi Roslan  di bahagian serangan.  2 pemain sayap iaitu Azamuddin dan Gopi akan cuba membuat larian-larian pantas bagi mengatasi pemain-pemain pertahanan Kedah.

– Permainan yang pantas ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dengan serangan lebih tertumpu di bahagian sayap. Azamuddin dan Gopi untuk Pahang, Baddrol dan Farhan untuk Kedah.  Taktik jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe memang ‘win’ kerana setiap kali Azamuddin mendapat bola pasti akan ada 2 orang  pemain Kedah menjaga dan mengacau setiap pengerakannya.

– Di bahagian pertahanan, Kedah begitu mantop dengan gandingan Adam Griffiths dan captain mereka Khairul Helmi. Khairul sering kali menyekat Matias Konti baik di udara mahupun di daratan dengan pintasan-pintasan bijak.  Selain itu, Baddrol dan Farhan akan turun ke bawah bagi membantu barisan pertahanan Kedah. Bagi Pahang pertahanan mereka begitu longgar seakan kurangnya komunikasi berkesan dan beberapa pemain agak ‘slow’ terutamanya di bahagian LB (Shahrizan Salleh) yang kurang kuasa kuda untuk mengejar pemain muda Kedah Farhan Roslan.

– Di bahagian tengah, pemain Pahang  agak hilang punca kerana tidak mampu membuat hantaran mudah ke pemain-pemain sendiri, balik-balik bagi bola tinggi ‘then’ suruh penyerang atau pemain sayap kejar.  Agak berbeza dengan Kedah,  pemain tengah mereka bermain ‘simple passing games’ dan sangat tenang ketika mengawal bola. Azidan dan Faizol  tengelam dek kemantapan barisan tengah Kedah.

– Di bahagian serangan, walaupun Pahang menghantar 2 penyerang tetapi  tiada impak berkesan.  Matias dan Fauzi agak kaku setiap kali berada dalam kotak penalti Kedah.  Untuk Kedah, walaupun hanya menggunakan 1 penyerang, tetapi Mehmet mampu menghubungkan antara barisan tengah dan hadapan dengan berkesan.  Ini membolehkan Kedah mengatur  corakkan serangan-serangan mereka.

–  Tumpuan utama perlawanan malam ini ialah pemain muda berbakat dari Kedah bernama Farhan Roslan yang baru berumur 18 tahun.  Digelar Messi oleh bekas jurulatih Kedah Ian Gillan kerana kepantasan lariannya dan kelincahan mengawal bola.  Acap kali pertahanan Pahang terkucil untuk mengejar beliau. Oleh itu, sebagai kenangan Razman selaku Kapten Pahang memberi hadiah menggunakan kaki kepada beliau.

– Keseluruhan, perlawanan yang menarik disajikan oleh kedua-dua pasukan dengan tempo permainan yang pantas.
Corak permainan Pahang yang menumpukan serangan menggunakan sayap melalui Azamuddin dan Gopi menjejaskan mereka, kerana setiap pergerakan Azamuddin Akil dirantai oleh 2 pemain Kedah.  Manakala, Kedah yang boleh dikatakan lengkap di setiap posisi menjana beberapa variasi serangan berbeza. Tidak hanya tertumpu kepada seorang pemain sahaja. Kedah sememangnya berhak memenangi perlawanan ini.