Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Kalaulah Semua Pemain Bola Sepak Mempunyai Empati Seperti Penjaga Gol Sunderland Ini

Sunderland nampak setanding dengan Southampton pada Sabtu lepas sehinggalah tiba minit ke 11′ apabila pemain pertahanan Sunderland, Santiago Vergini merembat masuk gol ke gawang sendiri. Selepas itu, semua pemain Sunderland nampak seperti dirasuk hantu bangang. Daripada penyerang, pemain tengah sehinggalah ke pemain pertahanan – semuanya jadi bangang sehingga diratah 8-0 oleh Southampton.

Paling terasa kebangangan pasukan mereka adalah penyokong Sunderland yang mengambil masa 5 jam untuk ke Stadium St. Mary. Sedangkan 5 minit melihat komen bangang di Facebook sudah membuatkan anda terasa mahu cabut kepala, bayangkan pula penyokong Sunderland yang menghabiskan 79 minit melihat permainan bangang dan 5 jam untuk mengenang kebangangan pasukan mereka.

Panjaga gol Sunderland, Vito Mannone terasa amat bersalah – sehingga beliau mahu menggantikan balik duit tiket dan belanja perjalanan SEMUA penyokong Sunderland yang menyaksikan kekalahan 8-0 tersebut.

Kredit: Chris Wilson / AP Photo

Kredit: Chris Wilson / AP Photo

“I will personally talk to the team to see if it is possible to pay for their tickets and their trip. We should do it because we didn’t put a foot in, we didn’t work hard. We started the game well but after we conceded we threw in the towel and I include myself.”

Duit boleh diganti. Masa yang terbuang?