Semua 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya ternyata begitu bertuah apabila menerima hadiah jam tangan G-SHOCK edisi terhad keluaran syarikat multinasional Jepun, Casio.
Penyerahan tersebut dilakukan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sesi latihan sebelah petang hari kedua skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Presiden FAM Serah Jam Tangan Edisi Terhad G-SHOCK Kepada Pemain Harimau Malaya
Para pemain skuad Harimau Malaya, hari ini menerima jam tangan tajaan Casio untuk dipakai sepanjang kem latihan pusat menjelang baki aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, UAE. pic.twitter.com/GNPVCeTnpe
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 17, 2021
Ianya dikatakan akan dipakai oleh semua pemain sepanjang latihan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada bulan depan.
Jam tersebut dilancarkan pada penghujung Mac lalu hasil jalinan kerjasama Casio dengan FAM sebagai tanda sokongan kepada skuad kebangsaan yang mempamerkan keputusan positif sejak akhir-akhir ini.
Ia sekaligus membuktikan bola sepak negara kini sudah mula mendapat perhatian syarikat terkemuka.
Menggunakan model asas G-Shock GA-2000-1A9, jam ini didatangkan dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning serta memiliki ukiran logo Harimau Malaya sekali gus menyerlahkan lagi gaya eksklusif dan unggul.
Jam tangan edisi terhad G-Shock Harimau Malaya.
Boleh didapati bermula 1 Jun depan dengan harga RM579.00, didatangi bersama sehelai t-shirt edisi terhad, gelang tangan dan beg kertas.
Hanya 999 unit akan dikeluarkan di pasaran! pic.twitter.com/PQ7mr4lmw5
— Sukanz. (@sukanzcom) March 31, 2021
Edisi terhad itu hanya dikeluarkan sebanyak 999 unit dan diukir dengan nombor siri bermula 002 sehingga 999 yang terletak di bawah tali jam tangan.
Harga jualan bermula dari RM579 dan jam tangan G-Shock Harimau Malaya ini boleh didapati menerusi G-Factory, G-Shock Stores dan pengedar jam tangan Casio yang sah di seluruh Malaysia selain laman rasmi Casio di Lazada dan Shopee.
Semua pemain dan pegawai pasukan akan berlepas ke Dubai pada Khamis ini.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai skuad Harimau Malaya dan perkembangan bola sepak tempatan:
Hubungan Baik TMJ Dengan Pemain & Penyokong JDT Disifatkan Persis Pemilik Leicester City