Semoga Cepat Sembuh Fernando Marquez, Daripada Peminat Bola Sepak Malaysia

Fernando Marquez mengalami kecederaan serius di bahagian muka selepas berlaku pelanggaran dalam aksi perlawanan Piala Malaysia menentang MISC MIFA.

Dalam muat naik status JST semalam, laman rasmi JDT itu menjelaskan yang Marquez menjalani pembedahan selepas retak di bahagian tulang muka.

“Fernando Marquez telah menjalani pembedahan di Hospital KPJ Shah Alam selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan unifi Piala Malaysia yang menyaksikan kemenangan 3-0 Johor Darul Ta’zim ke atas MIFA pada hari Ahad lalu.”

“Dukacita kami maklumkan bahawa Marquez terpaksa menerima lapan jahitan di bahagian bawah kening beliau sejurus tiba di hospital pada hari Ahad tersebut.”

JST juga menyatakan yang Fernando Marquez memerlukan rawatan susulan selepas pembedahan itu. Punca kecederaan itu adalah kerana disiku oleh pihak lawan.

“Dan beliau memerlukan pembedahan lanjut pada hari Isnin kerana mengalami keretakan yang agak teruk di beberapa bahagian muka selepas disiku dalam perlawanan tersebut.”

“Marquez akan diletakkan dalam pemerhatian pihak hospital selama beberapa hari sebelum kembali ke Johor.”

“Marquez terpaksa direhatkan selama beberapa minggu dan akan memerlukan topeng pelindung muka apabila beliau kembali bermain bola sepak.”

Mewakili suara penyokong bola sepak Malaysia, semuanyaBOLA mendoakan Fernando Marquez cepat sembuh.

Buat masa ini yang paling penting adalah proses penyembuhan dan berehatlah sebaiknya Fernando Marquez.

Sebagai tambahan, Fernando Marquez menjadi sebahagian pasukan yang berjaya mara daripada kedudukan yang mencabar dalam perlawanan kumpulan C Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN