Previu Semifinal Piala FA 2017: Kedah vs Terengganu

Terengganu kini berpeluang untuk melakuka kejutan dalam kempen mereka musim ini terutama sekali dalam Piala FA.

Perlawanan Terengganu dan Kedah tetap dianggap besar dalam kalendar kedua-dua pasukan meskipun Terengganu berada di Liga Ke-2.

Prestasi semasa

Kedah masih belum menang dalam 4 perlawanan terakhir mereka. Melepaskan 8 bolos dan hanya menjaringkan 2 gol dalam tempoh tersebut.

Terengganu pula hanya tewas sekali dalam 4 perlawanan terakhir mereka.

Kedah dalam prestasi yang merisaukan pada April. Mereka berhadapan dengan masalah kecederaan dan penggantungan pemain utama.

Pada masa yang sama, difahamkan hari ini Nidzam Adha akan mengambil alih tugas Tan Cheng Hoe. Beliau akan diuji oleh Irfan Bakti dan anak-anak buah beliau.

Terengganu players celebrate Abdul Latiff Suhaimi goal against Felcra FC during their 2017 FA Cup second round match played at the Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium, Kuala Terengganu on 13 February 2017. Photo by: Ahmad Ridhuan | asiana

Rekod pertemuan

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan ini adalah pada 16 September 2016 dalam Liga Super di mana Kedah menang 0-3 dalam perlawanan tersebut.

Dalam 5 pertemuan terakhir, Kedah menang 3 manakala Terengganu menang 2 dan 1 lagi perlawanan seri.

Terengganu gagal menjaringkan gol ke atas Kedah dalam 3 daripada 4 perlawanan terakhir mereka bertemu.

Fakta perlawanan

  • Kedah masih belum tewas di Darul Aman musim ini dalam semua pertandingan
  • Terengganu pula hanya menang 2 daripada 5 (90 minit) perlawanan terakhir di tempat lawan mereka
  • Kali terakhir Terengganu menang di Alor Star adalah pada Ogos 2014
  • Kedah menyingkirkan Terengganu daripada Piala FA 2010 di peringkat separuh akhir
  • Selepas menjaringkan 6 gol ke atas PKNP pada 1 April 2017, Kedah telah gagal menjaringkan lebih dari 1 gol dalam semua pertandingan selepas itu pada April 2017

Sebelum wisel

Kempen Kedah musim ini bermula garang. Namun mereka serba serbi terganggu pada Aprul ini.

Mereka pastinya berharap menutup April 2017 dengan senyuman dan mengucapkan selamat datang bulan Mei.

Terengganu adalah pasukan yang berpotensi untuk mengejutkan pasukan Kedah. Mereka memiliki beberapa pemain yang berkualiti.

Sama-sama kita nantikan perlawanan tumpuan ini.

Baca juga: Previu Semifinal Piala FA 2017: Pahang vs Negeri Sembilan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN