Kedah Darul Aman antara pasukan yang sangat konsisten pada awal musim ini dengan merekodkan tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super tahun 2022.
Selain itu, skuad ini juga berjaya merakamkan kemenangan sulung dalam pusingan pertama saingan Piala FA ketika menewaskan Sains FC di Stadium Darul Aman dengan kemenangan besar walaupun hadir dengan skuad simpanan.
Setelah melakukan banyak perubahan dalam kalangan pemain musim ini, seolah Aidil Sharin sudah menemui formula yang tepat untuk memacu Kedah selaku salah satu pencabar utama kejuaraan Liga Malaysia menerusi corak permainan yang sangat menyakinkan.
Namun, pada perlawanan keempat liga nampaknya momentum kemenangan skuad tersebut disekat apabila mereka tewas di tangan Selangor dengan jumlah jaringan yang agak besar di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru ini.
Dechi Marcel selaku pemain import Kedah musim ini mengharapkan agar rakan sepasukannya mampu untuk kembali bangkit dari kekecewaan pada perlawanan lalu dan memberi aksi yang terbaik dalam perlawanan akan datang bertemu Penang di Stadium Bandaraya, Ahad ini.
🟢🟡 Sesi latihan semalam di Stadium Darul Aman, fokus terarah bagi perlawanan Northern Derby menentang Penang FC. Pemburuan mata seterusnya skuad Sang Kenari bagi meningkatkan motivasi dalam cabaran Liga Super 2022.
Dapatkan tiket di https://t.co/wTcsHWnxK9. pic.twitter.com/l9xLboesWH
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 15, 2022
Pemain tengah kreatif ini juga dilihat sangat optimis apabila melaungkan keyakinan mengenai pasukannya mampu beraksi dengan lebih baik berbanding sebelum itu dalam usaha Kedah untuk merebut tiga mata sekali gus memperbaiki kedudukan di carta liga.
About yesterday against @kda_fc @KLCityFootball pic.twitter.com/Adf7Gd1zu4
— dechi marcel (@DechiMarcel) March 10, 2022
“Kami perlu kembali bangkit untuk menghadapi cabaran seterusnya. Selepas tewas pada perlawanan lalu, kini kami berusaha mengatasi kelemahan yang ada bagi meningkatkan lagi keupayaan pasukan.
“Semangat juang kami tetap kental dan kami tidak mudah berputus asa dengan kekalahan lalu kerana dalam bola sepak ini penuh dengan cabaran dan rintangan yang kami perlu sahut demi mencapai kejayaan.
“Kami hadir semula ke padang latihan dengan semangat yang tinggi, bersama tekad inginkan kemenangan dalam menghadapi perlawanan seterusnya bertemu Penang FC, Ahad ini,” kata beliau menerusi Arena Metro.
Pemain kelahiran Ivory Coast tersebut antara nadi utama Kedah musim ini apabila berjaya mempamerkan aksi yang sangat lincah sebagai pemain tengah dengan sering terlibat dalam situasi perebutan bola selain membuka ruang buat para pemain lain bergerak.
Namun setelah ketiadaan Dennis Buschening yang dilanda kecederaan, aksi Marcel pada perlawanan sebelum itu ketika menentang Selangor dilihat sedikit terbatas selain faktor formasi baharu yang digunakan Aidil Sharin.
GET WELL SOON DB10
Dennis Buschening terpaksa berehat panjang selepas disahkan mengalami kecederaan Achilles, menurut Aidil Sharin Sahak, Ketua Jurulatih KDA FC. pic.twitter.com/VlmoroTI43
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 7, 2022
Marcel bukan satu nama asing dalam bola sepak negara apabila sebelum itu pemain ini pernah mewakili UiTM FC serta memperagakan aksi yang sangat cemerlang musim lalu bersama Terengganu.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!