“Sungguh Mengecewakan” – Legenda PSG Persoal Sumbangan Messi

Bekas pemain Paris Saint Germain (PSG), Jerome Rothen tampil mengkritik impak yang ditinggalkan oleh Lionel Messi dalam saingan Ligue 1 sepanjang musim ini.

Beliau menganggap yang Lionel Messi sebenarnya langsung tak menyumbang apa-apa untuk kelab dan turut sering mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan.

Pemenang tujuh kali gelaran Ballon D’or itu menyertai Paris Saint Germain pada jendela perpindahan musim panas yang lalu selepas Barcelona gagal untuk mendaftarkan beliau dalam saingan La Liga.

Dek kerana kelab tak mampu mendaftarkan Messi, maka Barcelona terpaksa akur untuk melepaskan Messi meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen.

Messi setakat ini hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja dari 20 penampilan dalam saingan Ligue 1 sepanjang musim ini.

Namun begitu, dari segi penglibatan gol, beliau sebenarnya masih lagi memiliki sumbangan yang hebat dengan Messi musim ini telah berjaya mencatatkan 13 assists.

Dari dua perlawanan terakhir beliau bersama PSG, Lionel Messi berjaya menjaringkan satu gol dan turut mencatatkan tiga assists.

Bercakap kepada ESPN tentang pencapaian bintang Argentina itu sepanjang musim ini, Rothen mendedahkan bahawa:

“Messi, saya sangat kecewa. Saya boleh faham masa yang diperlukan untuk beradaptasi, dia dari Barcelona dan dia sendiri sebenarnya tak merancang untuk berpindah kelab seperti ini, ketika berusia 34 tahun.”

“Dia tiba di PSG tanpa ada sistem permainan yang lancar, jadi dia perlu mendapatkan tempat sendiri. Tak ada masalah, dia perlukan masa untuk beradaptasi. Namun begitu, Messi dalam saingan Ligue 1 dia ada jaringkan dua ke tiga gol. Cuma kita sekarang tengah bercakap tentang Leo Messi!”

Rothen turut menambah yang Kylian Mbappe merupakan pemain yang membantu Barcelona memenangi perlawanan dan bekas bintang Barcelona itu langsung tak sumbang apa-apa.

“Ada orang akan kata yang saya menunggu sesuatu yang dia sudah tak mampu untuk capai lagi di usia 34 ke 35 tahun ini. Tapi di Barcelona, musim lalu dia berusia 33 tahun, dia masih memberikan impak dan menjaringkan gol.”

“Saya ada mengulas beberapa perlawanan, dia tak bantu mereka untuk menang kerana mereka tak bermain sebagai satu pasukan dan bersendirian dia tak boleh buat.”

“Saya minta maaf musim ini, dia memang tak buat apa-apa, dia tak bantu kelab mencatat kemenangan. Satu-satunya pemain yang bantu kelab menang adalah Mbappe. Itu yang mengecewakan.”

Seperti yang dinyatakan di atas, pemenang tujuh kali gelaran Ballon D’or itu telah terlibat dengan empat gol jaringan PSG dari dua perlawanan terakhir mereka.

Namun memikirkan gandingan beliau bersama Neymar dan Mbappe hal ini memang sudah dijangka apa lagi selepas beliau sekadar bertemu pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran seperti Lorient dan Cleremont Foot.

Pemain kebangsaan Argentina itu berjaya menjaringkan lima gol dari tujuh perlawanan dalam saingan Champions League musim ini.

Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk memberikan impak dan membantu PSG untuk menewaskan Real Madrid di pusingan 16 terbaik.

Beliau bahkan turut gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan tersebut dan menyebabkan PSG tersingkir dari saingan Champions League.

Beliau turut gagal menyumbang apa-apa dalam aksi saingan Coupe de France dengan PSG disingkirkan dari pertandingan itu oleh Nice pada Februari lalu.

Walaupun beliau mampu untuk mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, namun sepertinya para penyokong dan pimpinan kelab sudah merasa kecewa dengan sumbangannya.

Tidak pasti sama ada beliau masih mahu kekal bersama kelab atau tidak, namun sepertinya Messi tidak lagi diperlukan di Parc des Princes.

Apa yang menariknya, walau PSG dikatakan sudah tidak memerlukan khidmatnya, bekas kelabnya, Barcelona pula dilaporkan sangat berminat mahu membawa beliau pulang ke Nou Camp.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN