Semangat Akhyar Terus Membara Selepas Cemerlang Tewaskan Kemboja

Akhyar Rashid

Menjadi pencetus kepada gol pertama serta meledak salah satu gol hasil perlawanan semalam nyata berjaya melonjakkan semangat Akhyar Rashid untuk aksi akan datang.

Beraksi di Stadium Bishan semalam, kelibat Akhyar begitu mencuri tumpuan dengan gerakan pemain sayap kiri ini sering memecah belahkan blok pertahanan lawan dengan kelicikan yang beliau ada.

Malah pemain yang berusia 22 tahun ini juga dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan setelah cemerlang membantu pasukan melakar kemenangan sulung dalam aksi saingan Piala AFF 2020.

Dalam sidang media selepas perlawanan semalam, Akhyar melafazkan rasa syukur buat diri dan pasukan setelah memenangi perlawanan semalam dan berjaya mengikut segala kehendak Tan Cheng Hoe dalam rencana taktikal yang diberikan.

Akhyar turut mengakui rakan sepasukan lain agak kurang selesa pada awalnya mengenai keadaan padang dan berjaya mengawal keadaan dengan baik pada aksi separuh masa kedua.

Kejayaan semalam nyata menjadi pembakar semangat buat pemain muda ini untuk perlawanan akan datang dan beliau gembira dengan aksi yang dipamerkan rakan sepasukan lain.

Dalam aksi semalam, Malaysia berjaya menewaskan pasukan Kemboja dengan keputusan 3-1 untuk perlawanan pertama pembukaan kumpulan B saingan Piala AFF 2020.

Tiga gol yang masing-masing diledak oleh Safawi Rasid, Akhyar Rashid, dan pemain gantian iaitu R. Kogileswaran cukup untuk melengkapkan malam yang gemilang buat kem Harimau Malaya.

Dalam aksi yang akan datang, Malaysia dijadualkan bertemu pasukan Laos pada 9 Disember ini pada jam 5:30 petang.

Laos yang baharu saja tewas semalam di tangan satu lagi pasukan pilihan iaitu Vietnam bakal menghadapi satu lagi tugas getir bertemu Malaysia di Stadium Bishan untuk perlawanan kedua.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN