Penyokong Liverpool selayaknya dipuji atas kehebatan dan semangat yang mereka tunjukkan, kerana mereka sanggup turun membanjiri bandar Anfield sehari selepas kekalahan bertemu Real Madrid.
Bukan hanya sekadar turun membanjiri bandar Anfield, mereka bahkan turut berpesta meraikan kejayaan skuad The Reds memenangi dua piala musim ini.
'I will NEVER delete this' #LFC https://t.co/F2dzGv8bXR
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 30, 2022
Kekecewaan penyokong Liverpool terlepas gelaran Champions League
Harus diakui yang para penyokong Liverpool sangat kecewa terlepas gelaran Champions League musim ini, selepas tewas 1-0 bertemu Real Madrid di Paris.
Andai tewas kerana beraksi hambar, ia mungkin masih boleh diterima oleh para penyokong, namun kekalahan mereka kali ini berlaku selepas anak-anak buah Jurgen Klopp itu mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dasyat.
24 percubaan dan sembilan percubaan tepat berbanding Real Madrid yang hanya mampu mencatatkan 4 percubaan dan 2 percubaan tepat, namun skuad Liverpool tetap tewas dalam perlawanan tersebut.
Melihat kepada statistik dan persembahan yang mereka persembahkan, Liverpool tidak dinafikan lagi layak untuk bergelar juara.
Namun kerana sedikit kealpaan, mereka dihukum oleh jentera serangan Real Madrid yang bijak memanfaatkan ruang yang ada untuk mencipta sesuatu.
19 pictures that show why Liverpool trophy parade was totally justified 📷 https://t.co/tBWOxGuFfd
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 29, 2022
Bahkan sebelum perlawanan lagi Liverpool sudah dianggap sebagai calon kegemaran yang akan memenangi perlawanan tersebut.
Kerana merasakan mereka berpotensi untuk menjadi juara, ada segelintir penyokong yang sanggup naik tongkang dari England ke Perancis semata-mata mahu menonton aksi perlawanan akhir itu.
Para penyokong Liverpool juga turut berdepan kesukaran ketika mereka mahu masuk ke stadium dan mereka terpaksa bersesak-sesak untuk melepasi pintu masuk.
Tak lupa juga pujian untuk penyokong Liverpool di Malaysia yang sanggup tempah meja dan membayar tiket bernilai RM80 dan ada yang bayar RM40 hanya untuk menyaksikan perlawanan itu secara langsung beramai-ramai.
Bayangkan saja selepas segala hal itu, mereka tewas di tangan Real Madrid dan terlepas peluang untuk menjulang piala ketiga musim ini.
Sakit tak?
Untuk menambah rasa sakit itu lagi, mereka juga sebelum ini merupakan pasukan yang sedang memburu gelaran quadruple selepas berjaya memenangi dua piala dan berpotensi untuk memenangi dua lagi piala pada akhir musim.
📺 Trent Alexander-Arnold shares celebrations from Liverpool Trophy Parade pic.twitter.com/55VEmv8cds
— Liverpool Echo (@LivEchonews) May 30, 2022
Walau bagaimanapun, Liverpool terpaksa akur terlepas gelaran Premier League selepas Man City berjaya melakukan comeback menewaskan Aston Villa, seterusnya menjuarai saingan liga musim ini.
Jelas sekali Champions League merupakan sasaran utama skuad Liverpool dengan mereka berharap akan setidak-tidaknya mampu memenangi tiga piala musim ini.
Dan tidak hairanlah andai penyokong mereka akan kecewa dan berduka selepas mereka turut gagal untuk memenangi gelaran Champions League musim ini.
Penyokong Liverpool berhak dipuji kerana semangat yang ditunjukkan
Namun adakah penyokong Liverpool di Anfield murung atau menyendiri selepas berlakunya segala hal itu?
Jawapannya tidak!
Para penyokong Liverpool turun berpesta bersama skuad The Reds bagi meraikan kejayaan mereka memenangi dua piala musim ini.
Parade yang dijangka tidak akan dapat sambutan itu berubah menjadi pesta besar-besaran dengan ribuan penyokong Liverpool membanjiri bandar Anfield.
Amazing scenes in the city not seen since before the pandemic https://t.co/XTsdG2D6zW
— Liverpool Echo (@LivEchonews) May 29, 2022
Jurgen Klopp sendiri terkejut melihat sambutan yang mereka terima dan beliau turut menganggap penyokong Liverpool sebagai antara yang terbaik di dunia.
“Tanpa ragu-ragu sama sekali, tidak ada kelab di dunia, di dunia ini, yang mereka kalah perlawanan akhir Champions League semalam dan mereka di sini hari ini dalam keadaan seperti ini, dalam mood seperti ini. Tersangat menakjubkan.”