Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo mengakui yang beliau kini berada pada fasa mencabar dalam kariernya ketika ini.
Hampir memasuki usia 40-an, pemain Manchester United itu mengakui yang dirinya mengalami beberapa masalah untuk memastikan dirinya terus kekal menjadi yang terbaik antara semua.
Perkara ini diakui oleh seorang pakar psikologi iaitu Jordan Peterson yang sebelum ini pergi ke rumahnya untuk cuba memulihkan Ronaldo.
Dalam sebuah rancangan bual bicara bersama Piers Morgan, Peterson mendedahkan yang beliau telah menghabiskan dua jam dalam hidupnya berbincang dengan Ronaldo mengenai masalah yang dihadapinya.
“Ronaldo ada menjemput saya datang ke rumah. Beliau memberitahu saya yang dirinya ada menghadapi masalah beberapa bulan yang lalu.
“Kawanya ada memberikan video-video saya dan beliau menontonnya. Beliau juga ada beberapa buah buku tulisan saya dan itu amat membantunya.
“Kami banyak berbual mengenai apa yang dimahukan oleh beliau pada masa akan datang dan cabaran yang sekarang ini dihadapinya,” jelas Peterson.
Jordan Peterson explains why Cristiano Ronaldo called him over to meet him.
He’s depressed, people need to take it easy on him, he’s human just like the rest of us. pic.twitter.com/5kGR5bfnoO
— ☕︎︎ (@IlMelhor) September 28, 2022
Peterson turut menjelaskan yang Ronaldo sebenanrnya telah bersedia untuk menghadapi segala cabaran yang mungkin akan datang menghantuinya pada fasa akhir karier.
Walaupun ada persediaan, namun dirinya masih memerlukan bantuan pakar untuk pastikan beliau tidak kecundang ditengah jalan.
“Saya ke rumahnya dan berbual untuk beberapa jam. Beliau turut menunjukkan kepada saya barang-barang yang digunakannya untuk terus kekal mantap,” ujar Peterson.
Ronaldo juga manusia
Selama ini, kita saksikan Ronaldo sebagai seorang pemain yang dianggap seperti mesin kerana kemampuannya untuk memberikan hasil yang cemerlang saban minggu.
Namun begitu, harus kita akui yang Ronaldo juga adalah seorang manusia yang tidak akan lari daripada masa sukar. Dan ini mungkin adalah detik-detik sukar yang dialami pemain yang telah menghiburkan kita semua untuk saban tahun.
Ronaldo mungkin sudah tidak lagi sehandal dulu, namun kehadirannya dalam pasukan baik kelab atau pun negara masih lagi diperlukan kerana faktor karisma yang ada padanya.
Penulis yakin, Ronaldo pasti akan digunakan sebaiknya ketika Piala Dunia 2022 di Qatar dalam misi negara itu memburu kejuaraan dunia yang pertama.