‘Seloroh’ Satiananthan Tentang Berdepan JDT Selepas Ini – “Oh, Senang Saja! Tapi Harap Jumpa Tahun Depan La”

Satiananthan Sarawak United next JDT Liga Super 2022

Pengendali baharu Sarawak United, B Satiananthan dilihat berseloroh apabila ditanya di sidang media selepas tewas tipis  0-1 kepada Kedah Darul Aman FC tentang lawannya selepas ini iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebagai pendatang baharu Liga Super 2022 dan baru beberapa hari dikendalikannya, Sarawak United terpaksa melalui dua aksi awal liga berdepan dua pasukan terbaik liga, tentunya ia sedikit sebanyak memberi kesan.

“Oh, senang saja. [Kita] lawan JDT. Saya harap tahun depan [jumpa JDT], tapi apa nak buat, jadual dah keluar. 9 haribulan kita dah kena main. Jadi, ia satu perlawanan yang susah. Apa yang saya mahu lihat daripada pasukan adalah [mereka] memberi yang terbaik. Jangan takut, beri yang terbaik.

B. Satiananthan ketika sidang media sejurus perlawanan

Ia misi yang sukar buat mereka disebabkan sepanjang pra-musim, segalanya telah disusun oleh bekas jurulatih, E. Elavarasan sebelum beliau menerima lamaran pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk menjadi penolongnya Satiananthan mengakui sebelum ini, beliau akan teruskan apa yang disusun oleh ‘Coach Ela.

“Dalam masa sesingkat ini, saya hanya ikut dahulu apa yang telah Coach Ela telah rancangkan sebelum ini. Mereka sebelum ini telah menghadapi kejohanan di Sabah, jadi saya kena teruskan [perancangan itu].

“Hanya ada sedikit perubahan tapi lepas Piala FA, mungkin saya akan diberikan masa melakukan sesuatu.”

B. Satiananthan kepada Stadium Astro

Dalam aksi berdepan Kedah pada Jumaat, Sarawak United gagal meraih tiga mata walaupun mampu untuk sekurang-kurang keluar dengan keputusan seri apabila beberapa peluang gagal dimanfaatkan oleh mereka.

Selepas jaringan pembukaan oleh penyerang baharu Kedah, Ronald Ngah di minit ke-16, Sarawak United dilihat berpeluang untuk menyamakan kedudukan dalam beberapa situasi antaranya percubaan tersasar Francis Kone di minit ke-37 dan sepakan percuma Lee Chang-hoon yang telah diselamatkan Shahril Saari pada minit ke-41.

Berterusan di babak kedua, Lee Chang-hoon di minit ke-52 melepaskan rembatan tersasar dari depan kotak penalti. Dan di penghujung aksi, percubaan Boris Kok, pemain Kemboja kelahiran Perancis hanya singgah di palang gol Kedah. Ia terus menutup rapat pintu buat skuad Enggang Emas untuk menyamakan kedudukan.

“Di luar jangkaan. Para pemain kita berikan yang terbaik. Walaupun kita kalah tetapi untuk saya, [ia] dengan pasukan yang baru dibentuk dan berbeza daripada tahun lepas. Saya mahu ucapkan tahniah kepada Coach Ela dan terima kasih keranan membentuk pasukan ini. Semangat [melawan] pemain dan tak ‘give up’.

“[Francis] Kone banyak peluang dia. Tetapi saya kena faham satu benda, pemain-pemain import kita, [terutamanya] Kone dan Boris [Kok] baru sampai. Dikuarantin, mana boleh ‘training’ dalam bilik.”

B. Satiananthan tentang aksi berdepan Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN