“Awal Lagi Nak Cakap Peluang Dan Posisi Pasukan” – Aidil Sharin Sahak

Naib juara Liga Super musim lalu, Kedah Darul Aman menepati ramalan ramai pemerhati bola sepak negara apabila berjaya mengutip tiga mata penuh dalam aksi pertama saingan Liga Super 2023 dengan menewaskan Sarawak United di tempat lawan.

Ini secara tidak langsung, objektif skuad kendalian Aidil Sharin telah pun tercapai bagi perlawanan pertama mereka secara rasmi pada Jumaat lalu.

Susulan itu, pengendali dari Singapura tersebut menyatakan dengan tegas mengenai peluang pasukannya untuk mencabar kedudukan teratas liga atau sebarang kejuaraan masih belum sesuai untuk dibincangkan ketika ini walaupun hadir selaku status naib juara musim lalu.

Terang jurulatih berusia 44 tahun itu, untuk memastikan pasukan mengutip seberapa banyak mata yang ditawarkan dalam setiap permainan, para pemain perlu memberi fokus untuk bekerja keras apatah lagi menyedari setiap perlawanan akan memberi suasana yang sangat sengit untuk dilepasi.

“Awal lagi untuk bercakap mengenai peluang dan posisi pasukan. Kita kena tunggu sehingga pertengahan musim dan selepas itu barulah kita boleh bercakap mengenai kedudukan.

“Memang kita mengutip tiga mata yang sangat penting. Cuma bagi musim lalu dan musim sebelumnya, kita tidak dapat mengutip mata menentang JDT. Namun kita masih berada di kedudukan kedua.

“Apa yang lebih penting adalah kita fokus satu perlawanan demi satu perlawanan dan turun dengan mentaliti kemenangan,” kata bekas pengendali Home United tersebut menerusi Berita Harian.

Pada aksi Jumaat lalu, Kedah tampil garang beraksi di Stadium Negeri dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas naib juara Liga Premier musim lalu, Sarawak hasil jaringan daripada penyerang import baharu mereka iaitu Ronald Ngah Wanja.

Walaupun begitu, tuan rumah tetap mempamerkan rentak permainan yang baik sehingga ada beberapa peluang termasuk percubaan Boris Kok pada minit akhir perlawanan hampir membuatkan Kedah sekadar mengutip satu mata.

B. Satiananthan selaku pengendali baharu Sarawak menganggap prestasi yang dipamerkan anak buahnya di luar jangkaan walaupun tewas pada penampilan pertama beliau bersama skuad tersebut di kancah Liga Super.

“Saya nampak pasukan yang baru dibentuk ini memang berbeza berbanding tahun lalu. Pemain begitu bersemangat dan tidak mahu berputus asa tetapi kita tetap perlu perbaiki beberapa kesilapan yang dilakukan hari ini (kelmarin).

“Francis Kone memiliki banyak peluang tetapi kita kena faham yang dia dan Boris baru bersama pasukan. Tahap kecergasannya tidak seperti yang kita harapkan, jadi tendangan dan tandukannya tidak tepat.

“Jadi kita akan tingkatkan tahap kecergasannya sepertimana yang kita mahukan,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN