“Selepas Selesai Hutang Lama, Muncul Macam-Macam Orang Tuntut Tunggakan”- Norizam Tukiman

Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan rasa kesal dengan situasi yang sedang dihadapi beliau mengenai masih ada bekas pemain Kelantan yang mahu mereka melunaskan segala baki gaji terdahulu sewaktu pemilik kelab itu masih belum bersama pasukan.

“Kalau saya bayar ni, nanti entah siapa-siapa lagi akan minta bayaran. Ini kerja giler!,” luah beliau dalam media sosial Facebook miliknya.

Jelas Norizam dengan tegas, perkara tersebut tidak termaktub dalam perjanjian sewaktu beliau mengambil alih kelab berkenaan sambil menjelaskan hutang tersebut adalah hutang warisan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) dan beliau tidak bertanggungjawab akan hal berkenaan.

Dalam masa sama, pemilik Kelantan itu turut menerangkan kepada umum mengenai segala kemelut hutang yang melanda kelab berkenaan sudah pun dilangsaikan dengan jumlah RM6.8 juta mengikut perjanjian pengambil alihan dan ini bermakna Norizam tidak akan bertanggungjawab lagi akan apa-apa tunggakan lama.

“Maka semuanya sudah diselesaikan ketika mesyuarat November 2021 bersama FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan Kafa juga sedia maklum akan hal tunggakan adalah kewajipan Kafa.

“Nama bekas pemain yang tiada dalam senarai RM6.8 juta sila rujuk Kafa. Dah bayar semua ke? Alhamdulillah, semua hutang dalam perjanjian take over (pengambil alihan) RM6.8 juta saya dah selesai.

“Saya dah cakap berkali-kali dengan bukti, kita dah selesai bayar. Selepas selesai barulah muncul macam-macam orang yang aku tak tahu, tak pernah jumpa nak claim (tuntut) bayaran tunggakkan.

“Kalau saya bayar ni, nanti entah siapa-siapa lagi akan minta bayaran. Ini kerja giler! Untuk sekarang, saya berada pada fasa kedua, bina pasukan.

“Fasa pertama bayar hutang piutang warisan Kafa, saya dah selesai. Jadi, jangan kacau saya!,” terang beliau di Facebook.

Status berkenaan dinaikkan oleh beliau setelah ada laporan media daripada bekas pemain, Fauzi Roslan yang menuntut baki tunggakan gaji beliau sewaktu mewakili kelab berkenaan dan Norizam menjelaskan kepada para peminat bagi mengelakkan salah faham yang berlaku.

Menurut Norizam juga, perkara ini sudah pun diambil dengan jelas oleh FAM sewaktu mesyuarat antara badan utama bola sepak negara itu bersama KAFA di mana, pengurusan baharu tidak bertanggungjawab mengenai segala tunggakan hutang lama yang ditinggalkan.

Usahawan dan pakar pelaburan itu mengambil alih saham sepenuhnya dalam syarikat Team The Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd pada tahun 2020 dan sudah pun melangsaikan segala hutang lama yang ditinggalkan mengikut pada perjanjian.

Selain memiliki Kelantan di Liga Malaysia (Liga-M), Norizam juga merupakan pemilik kelab di Liga Indonesia iaitu PSPS Riau sejak tahun lalu dan mahu dua kelab ini saling bekerjasama dalam memajukan antara satu sama lain.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN