Selepas Klopp Kehilangan Ibu, Bapa Alisson Becker Pula Meninggal Dunia

Alisson Becker

Liverpool seperti yang kita semua tahu sedang mengalami penurunan prestasi yang begitu mendadak ketika ini.

Krisis kecederaan, ketumpulan serangan antara perkara yang menyumbang kepada hambarnya prestasi juara bertahan Premier League itu.

Isu yang dihadapi Liverpool bukan sahaja di atas padang, namun turut diluar padang.

Sebelum ini, Jurgen Klopp dilaporkan kehilangan ibu tersayang yang meninggal dunia dan tidak dapat pulang ke Jerman untuk menyaksikan pengebumian dilakukan.

Kini penjaga gol Alisson Becker pula ditimpa musibah yang sama apabila beliau kehilangan bapa tersayang – Jose Becker.

Jose dilaporkan dilaporkan hilang di selatan Brazil pada 24 Februari jam lima petang selepas pergi berenang di sungai.

Menjelang tengah malam, pihak bomba dan penyelamat Brazil mengesahkan mayat Jose telah dijumpai dan berita duka itu telah disampaikan kepada pihak keluarga.

Berita tu jelas sekali untuk diterima buat keluar Becker terutamanya Alisson yang jauh merentasi benua di Eropah.

Kelab-kelab di Seria A Brazil banyak memberikan ucapan takziah terutamanya kelab yang diwakili oleh Muriel Becker yang merupakan ahli keluarga Alisson iaitu Fluminense.

“Kelab Bola Sepak Fluminense mengucapkan takziah diatas pemergian Jose Agostinho Becker, bapa kepada penjaga gol Muriel dan Alisson. Kami doakan seluruh rakan dan keluarganya tabah.”

Kelab-kelab lain seperti Sao Paolo, Vasco da Gama dan Internacional turut mengucapkan takziah kepada keluarga Becker diatas berita duka ini.

Kami di Semuanya BOLA turut bersedih diatas berita duka ini.

Baca juga artike lami mengenai Alisson Becker:

Kecederaan Bahu Paksa Alisson Becker Diketepikan Enam Minggu

Jack Robinson: Ketenangan Dimiliki Alisson Becker Seperti Pirlo

Kleberson: Kecederaan Alisson Becker Satu Kehilangan Besar Buat Brazil & Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN