Selepas Hampir Setahun, Ini Jumlah Pendapatan Ronaldo Bersama Al-Nassr

Sudah hampir setahun sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan pentas bola sepak Eropah untuk menyertai saingan Saudi Pro League selepas menerima tawaran yang sungguh luar biasa dahsyat dari Al-Nassr.

Selepas tidak sebulu dengan pengurus kelab, Erik ten Hag dan kontraknya bersama Manchester United ditamatkan atas persetujuan bersama, Cristiano Ronaldo akhirnya memilih untuk menyertai gergasi Arab Saudi, Al-Nassr.

Ronaldo secara rasminya diumumkan sebagai bintang Al-Nassr pada 30 Disember lalu dengan beliau dipercayai menerima tawaran bernilai £177 juta setahun.

Selepas menandatangani kontrak mega itu, Cristiano Ronaldo secara rasminya menjadi penerima gaji tertinggi dalam dunia bola sepak.

Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu membawa pulang sekitar £3,403,846 seminggu dari Al-Nassr.

Ramai yang tertanya-tanya berapa agaknya gaji yang sudah Ronaldo terima dari Al-Nassr sejak dari awal beliau ditandatangani hingga ke hari ini.

Pemenang lima kali anugerah ballon d’or itu sudah membawa pulang sekitar £175 juta dari Al-Nassr sejak dari awal beliau jejakkan kaki ke bumi Arab Saudi.

Kedatangan Ronaldo ke negara Timur Tengah itu telah berjaya menarik ramai lagi bintang-bintang handalan dunia untuk turut sama beraksi dalam saingan Saudi Pro League.

Ramai bintang handalan dunia lain yang turut mengikut jejak langkah Ronaldo dengan meninggalkan pentas bola sepak Eropah untuk ke Arab Saudi.

Neymar, Sadio Mane, Roberto Firmino, Karim Benzema, Jordan Henderson, Kalidou Koulibaly Riyad Mahrez, Allan Saint-Maximin dan Ruben Neves antara nama bintang terhebat dunia yang kini sedang beraksi dalam saingan Saudi Pro League.

Ronaldo bakal berusia 39 tahun pada awal Februari nanti, namun beliau masih cemerlang menjadi penjaring gol utama untuk skuadnya.

Beliau sudah berjaya menjaringkan 41 gol dari 48 penampilan bersama Al-Nassr dan turut cemerlang membantu skuadnya menjuarai saingan Arab Cup pertama mereka dengan meledak dua gol ketika bertemu Al-Hilal di pentas perlawanan akhir.

Legenda terhebat sepanjang zaman Portugal itu sedang benar-benar menikmati kariernya di Arab Saudi dan beliau sepertinya tidak akan kembali ke Eropah sebelum bersara.

Beliau bahkan turut percaya yang Saudi Pro League bakal menjadi liga yang lebih besar berbanding liga Turki dan liga Belanda di masa hadapan.

“Liga Arab Saudi akan jadi lebih bagus berbanding MLS.”

Jelas Ronaldo kepada media selepas tamat aksi pertemuan bertemu Celta Vigo pada Julai lalu.

“Saya 100 peratus yakin saya tak akan kembali menyertai mana-mana kelab Eropah. Mereka kritik saya kerana datang ke liga Arab Saudi, tapi apa jadi sekarang? Saya buka jalan untuk liga Arab Saudi dan sekarang semua pemain datang ke sini.”

“Saya tak akan kembali ke Eropah, pintu sudah tertutup sepenuhnya.”

“Saya sudah 38 tahun, juga bola sepak Eropah dah hilang kualitinya. Satu-satunya liga yang bagi saya ada kualiti dan ada di tahap tertinggi, tidak lain tak bukan Premier League.”

Walau ketika awal Ronaldo mengeluarkan kenyataan itu ramai yang menganggap beliau sudah hilang akal, namun sepertinya hal itu sudah hampir menjadi kenyataan.

Saingan Saudi Pro League kini merupakan antara liga yang diminati oleh para peminat dan jelas sekali ia kerana ramainya pemain bintang beraksi di sana.

Hanya selepas satu jendela perpindahan sahaja, kehadiran Ronaldo sudah berjaya memancing begitu ramai bintang handalan dunia untuk beraksi di Arab Saudi.

Tidak akan mengejutkan sama sekali andai semakin ramai bintang handalan dunia akan melakukan hal sama, seterusnya menjadikan liga Arab Saudi sebagai antara liga terbaik dalam dunia bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN