Selepas FFP Digelakkan Ramai, UEFA Sahkan Mereka Sebenarnya Sedang Menyiasat PSG!

Setelah menjadi bahan jenaka oleh beberapa media yang mempertikaikan dasar Financial Fair Play (FFP), UEFA telah mengeluarkan kenyataan yang mereka sebenarnya sedang menyiasat dan memantau PSG.

Beberapa pemerhati bola sepak menganggap FFP telah dimanipulasi dan dipermainkan oleh PSG dengan mudah.

Sebelum ini, Barcelona menyatakan yang tidak mungkin PSG boleh terlepas FFP jika mereka serius mahu membayar klausa perlepasan Neymar.

Namun PSG berjaya meyakinkan FFP yang mereka bersih dalam urusan tersebut. Kelmarin PSG telah mendapatkan Mbappe dengan perjanjian pinjaman dan akan membayar nilai €160 juta pada musim hadapan.

Ia dianggap tidak masuk akal oleh banyak pihak kerana perjanjian itu seakan-akan cuba memanipulasi peraturan FFP. Biarpun PSG membayar Mbappe pada musim hadapan sekalipun angka €160-180 juta (termasuk bonus) untuk Mbappe masih dikira tidak terlampau.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Ini kerana PSG boleh dikira telah berbelanja lebih €160 juta untuk seorang pemain dalam 2 jendela perpindahan berturut-turut.

UEFA pernah memperkenalkan peraturan berbelanja atas ‘pulang modal’ (break even rules) pada 2013. Semua kelab diminta berbelanja tidak melebihi pendapatan kelab.

PSG pula telah membayar €222m juta untuk Neymar. 2 kali ganda lebih tinggi daripada nilai yang dibayar United untuk Paul Pogba. Ini diikuti Kylian Mbappe.

PSG dimiliki oleh Qatar Sports Investment sejak 2011. Satu badan yang didakwa Bartomeu mendapat suntikan dana daripada kerajaan Qatar.

PSG hanya untung €10 juta selepas menjana €530 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 2016, lapor Delloitte

Pada 2014, PSG pernah didenda oleh UEFA dan hanya dibenarkan mendaftar 21 orang pemain sahaja untuk UCL musim tersebut.

Peraturan ‘break-even’ untuk 3 tahun terakhir kelab tersebut dikatakan hanya boleh membelanjakan sekitar €30 juta sahaja. PSG hanya menjual pemain mereka dengan nilai terkumpul €180 juta sahaja.

UEFA berkata di dalam kenyataan mereka:

“Bahagian Siasatan dan Kawalan Kewangan UEFA telah membuka sisatan rasmi ke atas Paris Saint-Germain. Ianya adalah sebahagian daripada pengawasan kepada FFP.”

“Dalam beberapa bulan akan datang pegawai UEFA akan melakukan evaluasi semua dokumen yang berkaitan dengan kes ini dengan lebih teliti. Ini akan dijadikan rutin selepas ini.”

Jika sesebuah kelab itu didapati bersalah di bawah FFP, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan berat kesalahan mereka. Hukuman ringan seperti denda.

Hukuman lebih berat pula termasuk, menarik hadiah wang (pertandingan Eropah), menghalang daripada membeli pemain, kelab diarahkan mendaftarkan hanya 21 pemain dan banyak lagi.

Namun yang paling berat adala kelab dilarang atau ditarik balik penyertaan mereka daripada kejohanan peringkat Eropah (UCL dan UEL).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN