Selepas ‘Dibalun’ Segenap Penjuru, Zamsaham Merajuk Mahu Lepaskan Kelantan?

Zamsaham Kelantan

Selepas terpalit dengan pelbagai masalah luar padang, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham menyatakan sedia untuk melepaskan pasukan tersebut kepada pemilik baharu yang mampu mengambil alih kelab berkenaan.

Kenyataan tersebut dibuat menerusi akaun Facebook miliknya.

“Berbagai usaha saya untuk naikkan kelab TRW [Kelantan] dari 2020 sehingga sekarang. Duit saya yang KAFA hutang RM3.8 juta belum diterima lagi sesen pun,” ujar Norizam.

“Banyak perancangan saya termasuk progress fasiliti untuk TRW masih belum tercapai. Saya telah usaha untuk 2.5 tahun.

“Jika rasa saya tak cukup bagus dan tidak layak jadi owner kelab ini, saya terfikir untuk melepaskan sepenuhnya saham pasukan Kelantan FC ini kepada individu yg mampu.”

Dalam komen menerusi hantaran yang sama, ahli perniagaan berasal di Johor tersebut juga sempat menyatakan cabaran besar yang dihadapinya dan menafikan sudah mula tawar hati untuk terus memajukan pasukan.

“Saya bukan merajuk dan bukan marah.Harap takda salah faham,” jelasnya lagi.

“Cuma terpikir nak bagi peluang untuk sesiapa merasai jadi full ownership sebuah kelab bola. Uruskan sendiri baru tahu bagaimana jadi owner. Kepada yang sentiasa positif dan kritis dengan TRW, saya ucapkan berjuta terima kasih.”

Zamsaham kini bukan sahaja berdepan dengan kritikan daripada pihak luar malah turut menerima ‘amaran’ daripada Ultras Kelantan FC, iaitu Gate H Boys .

Kumpulan penyokong tegar Kelantan itu mempamerkan sepanduk terbalik ketika perlawanan menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.

Ia dibuat susulan pemecatan  pengendali dari Korea Selatan, Choi Moon-sik yang kemudian menjurus kepada pendedahan demi pendedahan daripada ejen jurulatih berkenaan.

“Mereka sudah berjuang sehabis mungkin. Dengan kualiti pemain yang kita ada sekarang sangat sukar untuk kita bersaing. Tukar la jurulatih mana sekalipun, kita tak mampu pergi lebih jauh jika tiada kualiti yang setanding,” ujar kumpulan tersebut.

“Peringatan keras buat pengurusan sekali lagi. Jika ada masalah yang merebak sila ubati segera sebelum terlambat.

“Tak perlu la buat kerja dalam diam lagi. Anda perlu serius sebelum kita keciciran mata lebih jauh dengan pesaing dan sebelum kehadiran penyokong ke stadium lebih merosot.

“Perlawanan seterusnya adalah saingan Piala FA menentang Manjung City. Nak tak nak kita wajib lolos! KELANTAN ITU KEBANGGAAN. BUKANNYA PERNIAGAAN. JAGALAH KEBANGGAAN INI.”

Selepas mengharungi lapan perlawanan di saingan Liga Super pada musim ini, Kelantan FC kini meduduki tangga ke-13 daripada 14 pasukan bertanding dan hanya berjaya mengumpul 4 mata hasil satu kemenangan, satu seri dan tewas enam kali.

Sepanjang tempoh itu, pasukan tersebut berjaya menghasilkan 9 jaringan namun bolos sebanyak 25 kali menjadikan Kelantan FC pasukan paling banyak dibolosi di saingan liga setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN