Ronaldo ‘Koyak’ Dan Mengamuk Selepas Tamat Aksi Pertemuan Antara Al-Nassr Bertemu Al-Fayha

Cristiano Ronaldo dilaporkan benar-benar beremosi selepas tamat aksi terikat tanpa jaringan antara Al-Nassr bertemu Al-Fayha dalam aksi saingan liga utama Arab Saudi awal pagi tadi.

Kerana terlalu beremosi, Ronaldo dilaporkan mengamuk-ngamuk sebelum segera meninggalkan padang dan kembali ke bilik persalinan.

Bintang Portugal itu gagal untuk menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, dan beliau juga turut mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan.

Statistik yang beliau catatkan dalam perlawanan tersebut tersangatlah mengecewakan dan hal itu juga menyebabkan Ronaldo teruk kena kecam dengan penyokong sendiri selepas tamat perlawanan.

Dek kerana gagal mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan itu, Al-Nassr kini semakin jauh ketinggalan di belakang pendahulu saingan liga, Al-Ittihad.

Keputusan seri itu jelas sekali membuatkan Cristiano Ronaldo sangat kecewa dan beliau dilihat beremosi ketika meninggalkan padang selepas tamat perlawanan tersebut.

Beliau juga dilihat turut memaki hamun pemain dari pasukan Al-Fayha sebelum terus menuju ke terowong dalam keadaan yang sedang sangat marah.

Cristiano Ronaldo juga turut teruk kena boo dengan penyokong sendiri ketika beliau sedang berjalan meninggalkan padang.

Tidak pasti apa sebenarnya yang membuatkan Ronaldo koyak dan begitu beremosi selepas tamat perlawanan tersebut.

Ada laporan yang menyatakan bahawa beliau sebenarnya tak gembira dengan corak permainan yang dipamerkan oleh pasukan lawan.

Namun sehingga kini masih belum jelas lagi apa sebenarnya punca yang menyebabkan Ronaldo benar-benar koyak dan begitu beremosi.

Beliau sebelum ini berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi bertemu Al-Adalah dan beliau juga turut sedang berada dalam momentum terbaiknya sebelum perlawanan tersebut.

Ronaldo berjaya menjaringkan gol dari kesemua empat perlawanan terakhirnya sebelum aksi bertemu Al-Fayha.

Mungkin kerana itulah beliau sangat beremosi kerana beliau gagal untuk meneruskan rentak kecemerlangannya itu.

Bekas bintang Manchester United itu sudah berjaya menjaringkan 11 gol dari semua pertandingan untuk Al-Nassr setakat ini.

Jelas sekali para peminat mengharap lebih dari bintang Portugal itu dan kerana itulah ramai yang kecewa ketika beliau gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN