Selepas Chanathip, Giliran Teerasil Dangda Beraksi Dalam Saingan J-League

Penyerang skuad kebangsaan Thailand dan Muangthong United, Teerasil Dangda sah akan dipinjamkan ke kelab gergasi J-League, Sanfrecce Hiroshima FC mulai musim depan.

Menurut sumber, Teerasil telah menandatangani kontrak pinjaman selama setahun untuk bersama kelab itu.

Beliau juga bakal menjadi pemain kedua yang mendapat peluang beraksi di pentas saingan Liga Utama Jepun itu selepas rakan sepasukannya, Chanatip Songkrasin membuat penampilan pertama dengan kelab Consadol Sapporo.

Dibawah perjanjian kontrak yang dipersetujui semalam oleh pihak Muangthong United dan Sanfrecce Hiroshima FC, Teerasil akan dipinjamkan selama setahun dan jika pihak Sanfrecce Hiroshima berpuas hati dengan prestasinya, mereka akan menawarkan kontrak lanjutan kepada Teerasil.

Teerasil akan tiba di Jepun untuk ujian kesihatan pada 1 Februari 2018 dan sidang media rasmi akan diadakan untuk menggumumkan kemasukannya sebagai pemain pinjaman Sanfrecce Hiroshima FC.

Sanfrecce merupakan juara J-League sebanyak 3 kali dan pernah muncul sebagai tempat ketiga dalam Kejohanan Piala Dunia Kelab 2015.

Kemudian, prestasi kelab itu menjunam musim lepas apabila menduduki kedudukan ke tangga 15 J-League dan berjaya elakkan daripada tersingkir ke liga bawahan.

Chanathip Songkrasin merupakan pemain pertama Thailand yang membuat penampilan dalam saingan J-League.

Masalah yang dihadapi oleh pasukan Sanfrecce Hiroshima ialah ketumpulan bahagian penyudah dan penyerang utama mereka hanya mampu menjaringkan 18 gol dalam 34 perlawanan.

Bulan lepas, Teerasil turut dikaitkan dengan satu lagi kelab J-League, Kawasaki Frontale tetapi pasukan Sanfrecce Hiroshima lebih serius untuk mendapatkan khidmat penyerang yang berusia 29 tahun itu.

Pada tahun 2014, beliau muncul pemain pertama dari Thailand untuk beraksi dalam Liga Sepanyol apabila dia hadir selaku pemain gantian ketika Almeria seri 1-1 menentang Espanyol.

Ketika menyertai UD Almeria pada tahun 2014.

Pemain itu bersama kelab berkenaan atas pinjaman semusim daripada kelab Liga Perdana Thailand, Muangthong United. Dia kini berhajat mahu mendapatkan perpindahan tetap ke kelab Sepanyol itu yang nyaris tersingkir ke liga bawah, musim lalu ketika menyudahkan cabaran dengan hanya satu mata daripada zon bahaya.

Sebelum ini, Teerasil menyertai pasukan juara Sepanyol, Atletico Madrid untuk satu tempoh singkat, tahun lalu tetapi tidak beraksi dalam pasukan utama.

Dia turut menjalani ujian pemilihan bersama Manchester City pada 2007 ketika kelab itu dimiliki Thaksin Shinawatra. Dia tidak dapat memenuhi hajat itu kerana gagal mendapat permit kerja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN