Berapa Banyakkah Kelab Bola Sepak Profesional di Greater Manchester?

Sebelum ini, ada persoalan timbul dari kalangan pembaca mengenai berapa banyakkah kelab bola sepak profesional di Greater Manchester.

Kali ini kami membawa anda menjengah ke wilayah yang dikenali sebagai Greater Manchester. Sekiranya anda ingin memahami istilah geografi Greater Manchester, ia boleh disamaertikan dengan Lembah Klang.

Dua gergasi Manchester

Ya, tidak perlu diperkenalkan lagi dua kelab gergasi Manchester ini sebenarnya yakni United dengan City. Cuma tahukah anda bahawa sebenarnya Old Trafford sebenarnya berada dalam pentadbiran Majlis Bandaraya berbeza dengan Etihad Stadium.

Old Trafford terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Trafford. Manakala Etihad pula di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Manchester.

Walaupun begitu, penyokong Citizens merasakan mereka ialah Manchester yang sebenar. Bukanlah sebelah merah itu sebenarnya!

Manakala Manchester United pula merasakan, Bandar Manchester itu merah dan yang biru itu hanya jiran bising.

Bolton? Wigan?

Perlawanan antara Bolton menentang Wigan. Sumber: SkySports.

Bagi anda yang belum mengetahui, sebenarnya Bolton Wanderers merupakan seteru sesama Manchester. Cuma istilah pertemuan derbi Manchester ini kurang dikaitkan dengan Bolton Wanderers.

Begitu juga dengan Wigan Athletic. Akan tetapi apabila Bolton bertemu Wigan, pertemuan antara dua kelab ini agak menarik.

Tetapi, kini Bolton dan Wigan bermain dalam saingan English Football League. Bolton di Championship manakala Wigan di League One.

Anda masih ingat Ali Al Habsi, salah satu pemain yang terkenal dan pernah beraksi untuk kedua-dua kelab.

Oldham? Rochdale? Bury?

Gelagat penyokong sewaktu Rochdale menentang Oldham. Sumber: Manchester Evening News.

Jangan ketawa apabila terbaca nama-nama aneh ini. OK, Oldham boleh dimaafkan kerana mereka antara kelab pioneer Premier League dahulu.

Kelab-kelab ini sekarang masih bermain di English Football League. Cuma biasalah, mereka menghadapi masalah dari segi penyokong. Anak muda di sana dipercayai lebih tertarik dua gergasi Manchester itu daripada menyokong kelab-kelab kerdil ini.

Atau pun menjadi penyokong separuh masa. Ya, macam lagu kumpulan The Lima, Separuh Masa! Sebelum terlupa, ketiga-tiga kelab ini sama divisyen dengan Wigan Athletic, League One.

Kisah Salford City, FC United of Manchester

Aksi pemain sewaktu antara Salford City menentang Curzon Ashton. Sumber: Salford Star.

Musim ini, Greater Manchester tidak mempunyai wakil dalam League Two mahu pun National League. Tetapi, National League North, terdapat 4 kelab yang beraksi dalam saingan.

Curzon Ashton, salah satu daripada 4 kelab yang kurang dikenali. Malah, ramai tidak menyangka mereka pun dalam lingkungan Greater Manchester.

FC United of Manchester menjadi popular disebabkan faktor penubuhannya. Salford City pula menginjak namanya apabila sekumpulan bekas pemain Red Devils menjadi pemilik kelab.

Tetapi bagaimana dengan Stockport County?

Sanggup ubah waktu perlawanan

Edgeley Park di mana Stockport County beraksi.

Pada 1960-an, pengurusan Football League mengarahkan semua kelab mengenakan harga tiket minimum daripada First Division hingga Fourth Division. Tujuannya untuk membantu kewangan kelab divisyen bawah untuk mendapat penyokong.

Namun, perlaksanaannya kurang memberangsangkan kerana ramai penyokong sanggup ke kelab yang terkenal daripada kelab-kelab yang kecil dan kurang dikenali. Stockport berjaya mengatasi masalah ini.

Mudah saja, Stockport mengubah waktu perlawanan laman sendiri di Edgeley Park kepada perlawanan sebelah malam pada Jumaat. Perubahan itu berjaya kerana ramai penyokong sanggup komited untuk ke stadium pada waktu tersebut.

Malah, pernah juga penyokong mereka lebih ramai ke stadium daripada Manchester City (pada ketika itu berumah di Maine Road) dalam satu-satu musim.

Kurang popular

Ya, derbi Manchester kini sebenarnya banyak tertumpu pada dua gergasi itu. Sekiranya mana-mana kelab ketiga hadir semula ke dalam saingan Premier League, terma itu akan digunakan jika pertemuan dua kelab Manchester itu.

Tetapi, bilakah pula Wigan, Bolton atau Salford akan beraksi dalam saingan Premier League? Errr…

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN