Selepas Berehat Panjang, Kiatisuk Senamuang Kembali Bimbing HAGL

Kiatisuk Senamuang

Selepas hampir tiga tahun menyepi daripada kancah bola sepak, bekas pengendali skuad kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang kembali mewarnai pentas bola sepak di Asia Tenggara (ASEAN) apabila beliau baharu sahaja memeterai kontrak selama dua tahun untuk membimbing kelab Vietnam, Hoang Anh Gia Lai (HAGL).

Pasukan yang beraksi dalam V.League 1 itu bukanlah asing buat Kiatisuk kerana beliau sebelum ini dua kali pernah bergelar jurulatih kelab tersebut iaitu pada tahun 2006 dan 2010. Selain itu, Hoang Anh Gia Lai juga merupakan kelab terakhirnya ketika bergelar pemain profesional.

Perkembangan terbaharu itu diumumkan oleh media di Vietnam, VN Explorer yang mendedahkan bekas pemain import Perlis itu akan terbang ke Vietnam pada awal Disember ini. Beliau kemudiannya akan dikuarantin selama dua minggu sebelum memulakan tugas rasmi pada 17 Disember nanti.

Ketika beraksi bersama HAGL pada tahun 2002 hingga 2006, Kiatisuk telah membantu kelab yang digelar Central Highland itu dinaikkan pangkat ke saingan V.League 1 dan kemudiannya kelab tersebut menjuarai kempen liga buat dua musim berturut-turut [2003 dan 2004].

Saingan 2006 menyaksikan beliau memainkan dua peranan sebagai jurulatih dan pemain dalam masa yang sama, kemudiannya mengumumkan persaraan di pentas bola sepak profesional pada penghujung musim tersebut.

Meninggalkan HAGL selama empat musim, Kiatisuk kembali diberikan kepercayaan untuk membimbing HAGL buat kali kedua tetapi kali ini tiada kejayaan dapat dilakarnya dan hanya bertahan selama semusim.

Melihatkan pencapaian kurang memuaskan dicatatkan pada musim 2020, pengurusan tertinggi HAGL sekali lagi memberikan peluang buat Kiatisuk untuk mengubah nasib pasukan tersebut pada saingan musim baharu yang akan bermula pada 16 Januari 2021.

Dalam perkembangan sama, HAGL dikatakan telah menawarkan Kiatisuk Senamuang gaji bernilai $25,837 sebulan.

Kredit featured image: Vichan Poti/Pacific Press/LightRocket via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Kiatisuk dan bola sepak Thailand:

5 Perkara Daripada Kejuaraan Piala AFF Oleh Thailand!

Analisis: Falsafah Taktikal 3-4-1-2 Kiatisuk Senamuang, Sistem Gerakan Segera

Thailand Dikalahkan Indonesia (B-16), Penyokong Resah DNA Bola Sepak ‘Kiatisuk’ Kian Luntur

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN