5 Perkara Daripada Kejuaraan Piala AFF Oleh Thailand!

Thailand menggenggam trofi AFF Suzuki yang ke-5 untuk menjadi kuasa unggul dalam bola sepak Asia Tenggara. Ia sekaligus memisahkan mereka dengan Singapura (4).

Ia bukanlah satu kejutan kerana mereka memang pasukan yang dalam kualiti berbeza. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan

1. Kualiti Skuad

Thailand mengumumkan akan menggunakan skuad utama untuk kejohanan kali. Ini bermakna pemain-pemain berbakat dan elit mereka seperti Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda dalam senarai pasukan.

Sebelum datang ke kejohanan ini, mereka dalam mood yang sangat baik selepas mengikat Australia 2-2. Perlawanan yang boleh dikira berpeluang untuk dimenangi mereka.

Pencabar mereka yang lain jelas ada masalah dengan kualiti skuad. Malaysia, Singapura dan Indonesia jelas bermasalah dengan pemilihan pemain yang berkualiti seperti Thailand.

Pasukan seperti Myanmar mengutamakan bakat muda terutama pemain remaja yang menyertai Piala Dunia Remaja. Jadi, Myanmar boleh dikatakan dalam rangka menyiapkan skuad pada edisi yang akan datang.

Indonesia baru bangkit daripada penggantungan setahun setengah oleh FIFA. Jadi, sangat sukar untuk mereka memilih pemain yang tipikal One Season Player. Jadi, kami boleh iktiraf mereka di luar jangkaan untuk kempen kali ini.

Thailand jelas memiliki Liga yang kompetitif untuk melahirkan bakat-bakat berkualiti. Mereka memiliki slot untuk ke kejohanan Liga Juara-Juara AFC.

2. Taktikal

Mereka jelas pasukan yang paling bertaktikal dalam kejohanan kali ini. Agak teruja melihat pendekatan mereka dengan 3-4-1-2. Mereka aktif menjadikan Chanathip sebagai sayap tengah (central-winger).

Thailand mulai menggunakan modul taktikal dengan libeiro moden. Mereka juga memiliki kualiti di 2 sektor bek sayap mereka.

Vietnam antara pasukan yang bermain dengan taktikal yang baik namun mereka jelas ada masalah dengan isu pertahanan. Benda yang sama berlaku ketika mereka ditewaskan Malaysia dahulu.

3. Disiplin

Tanpa disiplin, apa juga perancangan taktikal akan bermasalah. Namun pasukan Thailand membuktikan mereka perlu kekal fokus dalam setiap perlawanan.

Ini ditambah dengan disiplin untuk kekal dalam organisasi taktikal yang dikehendaki. Jarang sekali kita melihat pasukan ini terlalu berterabur di atas padang sehingga tidak pasti apa sebenarnya cuba dilakukan mereka.

Dalam perlawanan final kedua menentang Indonesia mereka memastikan fokus mereka kekal dalam perlawanan supaya rentak dan permainan bertaktikal dapat diteruskan.

4. Teerasil Dangda

Beliau antara pemain yang sangat konsisten dalam kem Thailand. Beliau juga antara pemain terbaik sepanjang sejarah Piala AFF ini.

Kini beliau hanya dipisahkan 2 gol daripada rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kejohanan Piala AFF di belakang Noh Alam Shah.

Beliau boleh dikategorikan sebagai pemain istimewa. Setiap pasukan juara harus ada pemain seperti ini. Pemain yang boleh melakukan magis ketika diperlukan oleh pasukan.

Dalam kejohanan kali ini, beliau turut melakukan hattrick dalam perlawanan pertama. Teerasil sangat klinikal di hadapan gol. Beliau boleh menjaringkan gol dengan kedua-dua belah kaki dan juga engan tandukan padu.

Untuk melahirkan seorang Teerasil Dangda, Thailand telah menyediakan sistem pembangunan yang terbaik untuk beliau.

5. Kiatisuk Senamuang

Zico Thailand ini sudah pastilah antara individu yang terpenting di dalam kempen mereka kali ini.

Beliau diberikan kepercayaan oleh FAT untuk mengendalikan pasukan ini selepas sebelum ini Thailand dibimbing oleh deretan naman jurulatih berprfofail tinggi.

Kiatisuk adalah asas transisi Thailand kepada bola sepak moden untuk lari daripada DNA taktikal bola sepak ala Inggeris.

Sebelum ini mereka dibimbing oleh jurulatih dari England dan juga Jerman. Namun mereka lebih mengutamakan jurulatih Inggeris selepas era Thaksin di Manchester City.

Daripada bola sepak yang berasaskan serangan balas, Kiatisuk menanam taktikal yang lebih kepada penguasaan bola. Para pemain diarahkan untuk lebih selesa dengan bola, dari pertahanan sehinggalah ke serangan.

Tahniah Thailand!

Kami merakamkan ucapan tahniah kepada pasukkan Gajah Putih. Anda memang selayaknya juara! Ini bermakna pasukan lain haruslah mulai bangkit untuk menghalang Thailand selepas ini.

Baca juga :Kisah 1 Sumpahan Yang Menjadi Badi Kepada 3 Negara Di Perlawanan Akhir Piala AFF

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN