Selepas Berbelanja Lebih £100 Juta, Koeman Cari Seorang Lagi Penyerang

Ronald Koeman menyatakan yang beliau masih mahukan seorang lagi penyerang dalam pasukan Everton. Ia sekaligus memberikan indikasi bahawa beliau akan cuba membeli seorang lagi pemain.

Koeman sudah berbelanja lebih £100 juta di dalam perpindahan kali ini. Beliau berkata begitu selepas perlawanan kelayakan pusingan ke-3 UEL, menentang MFK Ruzemberok. Everton menang 1-0 di dalam perlawanan tersebut.

Corak perbelanjaan Everton kali ini tipikal pasukan yang mahu bersaing untuk 4 teratas pada musim hadapan.

Koeman turut memuji aksi Sandro Ramires yang berjaya membantu Wayne Rooney beraksi dengan baik di dalam perlawanan semalam.

Selain Sandro Ramirez, beberapa pemain baru turut membuat penampilan debut semalam. Mereka ialah Cuco Martina, Davy Klaasen dan Michael Keane. Koeman gembira dengan kemenangan tersebut

Koeman berkata:

“Ianya sentiasa sukar untuk berhadapan dengan pasukan yang bermain seperti tadi. Mereka turun bertahan. Kami masih belum 100% lagi.”

“Kami akan memperbaiki aspek permainan kami dalam beberapa baki perlawanan pra musim.”

” Ya! Kami perlukan seorang lagi penyerang. Sukar untuk melalui musim tanpa penyerang utama yang cukup. Kami perlukan sekurang-kurangnya 2 no.9 berkualiti.”

Buat masa ini, masih belum ada pemain penyerang yang benar-benar dikaitkan dengan Everton.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN