Selepas 30 Tahun Mengulas EPL, Martin Tyler Gantung Mikrofon Di Sky Sports

Martin Tyler

Pengulas veteren, Martin Tyler akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Sky Sports selepas 30 tahun menyumbang suaranya buat peminat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Beliau yang kini berusia 77 tahun telah pun mengulas ribuan perlawanan sepanjang kariernya. Bukan hanya EPL, beliau suaranya turut mewarnai aksi Piala Dunia, Euro, Liga Juara-Juara Eropah dan sebagianya.

Jerita “Agueroooooo!!!” yang mengungkap gol kemenangan Sergio Aguero yang memberikan kejuaraan EPL buat Manchester City pada musim 2011/12 menjadi momen yang akan kekal diingati oleh peminat sukan bola sepak.

“Semua pihak di Sky Sports ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Martin di atas sumbangan dan dedikasinya yang tiada tandingannya kepada liputan kami sepanjang 30 tahun lalu,” ujar Gary Hughes, Pengarah Siaran Bola Sepak Sky Sports.

“Suaranya akan kekal sinonim dengan EPL dan Sky Sports. Apabila kita memikirkan tentang pengulas, kita akan memikirkan Martin Tyler.”

Karier Tyler bersama Sky telah bermula seawal EPL diperkenalkan pada 1992 selepas namanya telah meningkat naik bersama ITV di mana beliau merupakan sebahagian daripada pasukan penyiaran Piala Dunia 1978.

Tyler kemudian mengetuai pasukan pengulas Piala Dunia 1982 dan Kejohanan Eropah 1984 seterusnya mengulas Piala Dunia 1986. Beliau menyertai siaran sukan British Satelite Broadcasting pada 1990 yang kemudiannya bergabung dengan Sky.

“Dengan rendah hati, saya berpendapat syarikat besar seperti Sky ini terhasil daripada liputan Sky Sports yang cukup inovatif dan memberi inspirasi kepada mereka di luar sana terutama peminat EPL,” kata Tyler.

Di media sosial pelbagai pihak melahirkan penghormatan buat pengulas veteren itu termasuk bekas pertahanan Liverpool yang juga penganalisis Sky Sports, Jamie Carragher.

“Martin adalah salah seorang legenda sepanjang masa dalam dunia pengulas. “Agueroooooo” adalah salah tu ulasan yang paling ikonik dalam sejarah bola sepak!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN