Kekosongan Di Posisi Utama Serangan Kedah Bakal Beri Peluang Untuk Assifuah Menyinar?

Kedah Darul Aman (Kedah) secara rasminya telah pun menamatkan kontrak mereka bersama penyerang utama iaitu Willian Lira atas persetujuan bersama baru-baru ini.

Ianya merupakan satu kejutan tidak dijangka sebenarnya dengan membabitkan para penyokong Sang Kenari, setelah penyerang kelahiran Brazil itu semakin menyerlah dalam beberapa perlawanan terakhir.

Kedah & Willian Lira Pilih Untuk Berpisah Secara Baik

Lira merupakan penyerang yang ditandatangani musim ini bawah kendalian Nafuzi Zain, setelah ada rombakan baharu dibuat pasukan tersebut dengan membabitkan pemain serta kejurulatihan.

Walaupun tampil dengan sedikit kurang menyakinkan pada awal musim, penyerang tersebut perlahan-lahan mula mempamerkan bisa beliau di posisi serangan menerusi ketajamannya di hadapan gol.

Bersama Kedah, Lira merupakan penyerang utama yang menjadi pilihan Nafuzi berbanding rakan beliau iaitu Jonathan Balotelli untuk menggempur kubu pertahanan lawan.

Daripada 15 perlawanan dihadapi Lira, penyerang tersebut berjaya meledak lapan gol secara keseluruhan untuk menjadi penjaring terbanyak buat Sang Kenari.

Ketika ini, pemain tersebut dikaitkan bakal menyertai saingan utama di Thailand dengan status pasukan baharu Lira masih belum diketahui secara rasmi lagi.

Untuk Kedah, walaupun mereka kehilangan Lira pasukan tersebut masih lagi mempunyai dua penyerang yang tidak kurang hebat di atas padang serta sudah pun dibuktikan sendiri di hadapan gol.

Nama Balotelli mungkin lebih sinonim selaku pengganti Lira di posisi utama serangan Kedah, selepas beliau lebih banyak beraksi sebagai pemain gantian.

Namun, penjaring terbanyak Kedah dalam saingan Piala MFL iaitu Ebenezer Assifuah antara dinantikan untuk cuba menembusi skuad utama Sang Kenari pada pusingan kedua Liga Super ini.

Apa tidaknya, rekod jaringan Assifuah boleh dianggap sangat memuaskan selepas beliau tampil sebagai penjaring terbanyak ketika ini dalam saingan Piala MFL menerusi 10 gol daripada lapan aksi dihadapi.

Ketajaman Assifuah serta latar belakang pemain ini yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia peringkat remaja terdahulu menjadikan segelintir penyokong Sang Kenari mendambakan sentuhan beliau untuk siri perlawanan akan datang.

Selain itu, ada kemungkinan juga Kedah untuk menandatangani penyerang import baharu memandangkan jendela perpindahan kedua pemain sudah dibuka ketika ini.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Apapun, ianya terserah buat Nafuzi sendiri untuk mencaturkan segalanya yang terbaik buat Kedah selepas pasukan tersebut kini tampil dengan aksi semakin konsisten selepas beberapa perlawanan terakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN