Media Indonesia Anggap Sang Garuda Ada Kelebihan Untuk Atasi Argentina

Indonesia bakal menghadapi aksi persahabatan antarabangsa kedua mereka bulan ini untuk bertemu juara Piala Dunia iaitu Argentina selepas mereka mencatat keputusan seri sebelum itu sewaktu berdepan Palestin.

Untuk aksi ini, kem Argentina sudah pun tiba di Indonesia sejak semalam dan perlawanan bakal berlangsung tidak lama lagi di Jakarta dan akan dihadiri oleh ribuan penyokong fanatik Sang Garuda.

Walaupun tanpa kelibat Lionel Messi yang tidak menyertai Argentina ke Indonesia, skuad kendalian Lionel Scaloni tetap tampil dengan beberapa lagi pemain bintang lain untuk menghadapi Sang Garuda.

Terbaharu, media CNN Indonesia menyatakan skuad kendalian Shin mempunyai kelebihan tersendiri pada perlawanan akan datang untuk berdepan Argentina.

Menurut kenyataan tersebut, Indonesia memiliki tempoh rehat lebih cukup berbanding Argentina kerana pasukan lawan berdepan Australia sehari selepas Sang Garuda bertemu Palestin.

Malah tempoh perjalanan yang lama serta jauh juga memastikan Argentina pastinya sedikit letih sebaik tiba sahaja di Indonesia dan memerlukan masa untuk betul-betul kembali cergas.

Berbanding Indonesia, pasukan ini tidak mengalami sebarang masalah kerana tidak memerlukan perjalanan panjang serta boleh menjalani rutin latihan dengan teratur.

Perbezaan masa rehat ini memberi kelebihan buat Indonesia untuk tampil lebih cergas berbanding Argentina yang mempunyai dua hari sahaja untuk persediaan sebelum perlawanan berlangsung.

Satu lagi kelebihan Indonesia pastinya beraksi di laman sendiri serta sudah terbiasa dengan keadaan padang di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK).

Kelebihan tersebut dilihat sangat kukuh kerana ini merupakan kali pertama Argentina menjejakkan kaki di sana dan pastinya mereka memerlukan masa untuk tempoh penyesuaian antara satu sama lain.

Beberapa faktor lain pastinya terarah kepada sokongan padu penyokong Sang Garuda yang pastinya akan memberi rasa gerun buat mana-mana lawan untuk menghadapi gelombang sorakan mereka.

Malah, tanpa Messi, Nicolas Otamendi, serta Angel Di Maria, pastinya ia memberi kelegaan sedikit buat Indonesia yang dijangka bakal menghadapi skuad simpanan Argentina.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Walaupun begitu, kelibat pemain seperti Alejandro Garnacho, Julian Alvarez, Enzo Fernandez, dan beberapa lagi tidak boleh dipandang mudah atas faktor reputasi mereka sebelum ini di saingan Eropah.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN