Gol Minit Akhir Juliano Mineiro Kecewakan Kedah Di Selayang

Selangor VS Kedah di Stadium MP Selayang dilangsungkan dalam keadaan padang lembap akibat hujan yang turun sebelum dan semasa perlawanan.

Separuh masa pertama berakhir dengan perlawanan yang agak perlahan kerana tidak banyak peluang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Pasukan Kedah tidak berjaya untuk menembusi pertahanan Selangor apabila beberapa geraka mereka dipatahkan pertahanan.

Selangor berjaya memperoleh gol menerusi Victor Astafei namun begitu gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Perlawanan sedikit rancak apabila memasuki separuh masa kedua.

Kedah memperkemaskan permainan dan hantaran dan hasilnya mereka berjaya membuatkan Selangor tak senang duduk ketika bertahan.

Namun begitu mereka masih tidak mampu menembusi pertahanan Selangor.

Selangor nyata negatif dalam perlawanan ini apabila mereka tidak banyak lakukan serangan. Sebaliknya, mereka lebih gemar untuk membiarkan Kedah datang ke kawasan mereka.

Kedah akhirnya berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi Sandro Mendoca apabila sepakan percuma beliau terkena tiang lalu masuk ke dalam gol yang dikawal oleh Khairul Azhan.

Selepas bolos, Selangor barulah mula untuk mencari mata dan dapat dilihat beberapa serangan dapat dihasilkan.

Ketika 3 mata hampir jadi milik Kedah, namun kesilapan Akram Mahinan menjatuhkan pemain Selangor memberikan penalti minit akhir buat tuan rumah.

Penalti yang diambil Victor Astafei ditepis keluar oleh Ifwat Akmal, namun Juliano Mineiro menolak masuk susulan untuk mencuri satu mata untuk Selangor.

KELANTAN – Selangor player Juliano Mineiro Fernandes celebrates goal during the Malaysia Super League match at Sultan Mohd IV Stadium on 25 February 2017 Photo by Syahrul Azam / www.asiana.my

Tamat perlawanan, Selangor 1-1 Kedah.

Keputusan ini membuatkan Kedah turun ke tangga ke-2 di belakang Pahang. Selangor kini berada di tangga ke-3.

Baca juga: Hat Trik Ghaddar Bantu Kelantan Bangkit Dan Musnahkan Perak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN