Hat Trik Ghaddar Bantu Kelantan Bangkit Dan Musnahkan Perak

Hat trik Ghaddar telah menghampakan pasukan Perak di Ipoh. Ia adalah perlawanan yang penuh drama.

Separuh masa pertama 

Pada minit pertama lagi Perak sudah melakukan ancaman bahaya. Cubaan Yashir Pinto minit pertama berjaya ditepis Ramadhan Hamid, namun Zaquan melakukan susulan lemah.

Minit ke-6 usaha Nazrin Nawi untuk mencipta peluang digagalkan oleh Danso.

Perlawanan 15 minit pertama agak hambar di mana kedua-dua pasukan masih mencari rentak bermain di padang licin.

Minit ke-17 Mirchev meletakkan Perak di hadapan hasil umpanan menarik Zaquan Adha yang melepasi 2 bentesan gagal pemain Kelantan.

Perak vs Kelantan ,Perak player,Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak (8),(Left),and,Kelantan player,Mohamad Qayyum Marjoni Sabil (7),(Right),during Super League match at Stadium Ipoh Perak on,1 March 2017,Photo by Zulfachri Zulkifli / www.asiana.my,

Ghaddar terus memberikan respon namun Hafizul Hakim berjaya menafikan cubaan bahaya Ghaddar,

2 minit kemudian Yashir Pinto hampir menambah gol namun ia sekadar side netting. Amirul Azhan dilayangkan kad kuning ada minit ke-25 selepas melakukan faul taktikal/ professional foul.

Menuju ke setengah jam perlawanan, Nazirul Naim berjaya memintas serangan bahaya Indra Putra.

Setelah perlawanan agak bergelut di tengah padang, Ghaddar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-37.

Ia umpanan daripada Zairul Fitree yang melakukan back heel. Fitree kelihatan mahu melepasi pertahanan, namun terjatuh.

Ghaddar berjaya menyambar bola dan melakukan gelecekan dan gol.

Sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan, Yashir Pinto hampir menjaringkan gol selepas cut back dari Nazrin Nawi.

Separuh masa pertama berakhir 1-1.

Masa kedua

Bermula separuh masa kedua, Perak mengancam kubu Kelantan.

Namun dalam sekitar minit ke-46 sehingga minit ke-49, 2 kali Ghaddar memecut melepasi garisan pertahanan dan 1 lawan 1 dengan penjaga gol.

Mujurlah Hafizul Hakim cemerlang menafikannya.

Pada minit ke-53, Zaquan Adha mencipta peluang terhidang namun gagal disudahkan rakan-rakan beliau.

Pinto seharusnya meletakkan Perak di hadapan pada minit ke-59 namun gagal menyempurnakan lay off daripada rakan beliau,

Pinto turut gagal menyempurnakan sepakan penjuru minit ke-77. Bola cubaan beliau dihadang Gomis.

Tidak lama kemudian, Ghaddar kemudian menambah gol kedua untuk Kelantan hasil gerakan menarik.

Ghaddar melengkapkan hat trik pada minit ke-88 menerusi sepakan penalti. Ianya selepas Danial Ashraf dijatuhkan.

Mirchev menghidupkan harapan Perak pada masa kecederaan pertama.

Namun Kelantan membunuh sisa-sisa harapan pasukan Perak seminit kemudian. Indra Putra menjaringkan gol minit ke-2 masa kecederaan.

Perlawanan berakhir dengan 2-4. Ia kemengan ke-3 pasukan Kelantan musim ini dan semua kemenangan mereka adalah di tempat lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN