Selangor VS Felda United menyaksikan persembahan yang cukup menyakinkan oleh anak-anak buah P. Maniam dalam aksi tunggal Liga Super minggu ke-5 yang dilangsungkan di Selayang.
45 minit yang cemerlang
Selangor menampilkan persembahan 45 minit yang pertama yang cukup baik untuk memastikan 3 mata diraih mereka.
Walaupun begitu, mereka diuji seawal minit ke-5 apabila rembatan Norshahrul Idlan Talaha berjaya ditepis keluar oleh Khairul Azhan.
Juliano Mineiro beberapa kali cuba untuk menewaskan penjaga gol FELDA United menerusi rembatan deras beliau namun apa yang beliau jumpa hanyalah rembatanya melewati palang gol.
Shukor Adan juga tidak ketinggalan apabila rembatan sepakan percuma beliau sedikit saja sipi untuk menerjah jaring Selangor.
Norshahrul, Mineiro dan juga Shukor telah mencuba untuk jaringkan gol. Namun Victor Astefei yang berjaya menjaringkan gol apabila lambungannya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-29.
Raimi Mad Nor menjaringkan gol kedua selepas Selangor memperoleh penalti pada akhir babak pertama. Gol beliau hadir apabila sepakan penalti Forkey Doe berjaya ditolak keluar Farizal namun Raimi bersedia untuk mengambil bola muntah tersebut.
Rizal Fahmi juga tidak ketinggalan untuk menjaringkan gol selepas beliau menyudahkan bola dari situasi bola mati ketika masa kecederaan.
FELDA United terus mencari gol di separuh masa kedua apabila mereka menyerang dan terus menyerang kubu pertahanan Selangor namun gagal menemui sebarang jaringan.
Namun mereka bernasib baik apabila berjaya mendapatkan jaringan selepas Lucas Cano menjaringkan gol tunggal FELDA United di penghujung permainan.
Dengan kemenangan ini, Selangor melonjak ke tangga ke-2 Liga Super dengan 8 mata dari 5 perlawanan.
Namun begitu, kedudukan itu dijangka tidak akan bertahan lama apabila Pahang yang ditangga ke-3 turun beraksi menentang Pulau Pinang malam ini.
Baca juga: Rangkuman Liga Perdana 2017 Minggu 5: Negeri Sembilan Kuasai Liga!