Selangor berjaya menewaskan Terengganu dalam perlawanan persahabatan pra-musim yang dilangsungkan di Stadium MP Selayang, semalam.
Dalam perlawanan tersebut, skuad Gergasi Merah berjaya memperoleh 2 gol hasil jaringan dari 2 pemain import percubaan yang tidak dinyatakan namanya.
2 gol tersebut dihasilkan kesemuanya pada separuh masa kedua. Dengan pemain percubaan tersebut menjaringkan gol pada minit ke-72 dan minit ke 90+2.
Eksperimen
Apa yang menarik adalah jurulatih Selangor, P. Maniam telah melakukan eksperimen terhadap pasukannya ketika menentang pasukan yang baru saja diturunkan ke Liga Perdana musim ini.
Eksperimen yang dimaksudkan adalah percubaan P. Maniam dengan menggunakan formasi 3-4-3 dalam formasi pasukannya semalam.
Menariknya, pasukan Selangor menunjukkan permainan yang menyakinkan ketika menentang Terengganu.
Mereka saling bertukar hantaran-hantaran pendek sambil menunjukkan corak permainan yang pantas dalam perlawanan tersebut.
Menarik perhatian
Apa yang menarik perhatian adalah persembahan yang ditunjukkan oleh pemain muda, Syahmi Safari telah mencuri tumpuan selepas menunjukkan persembahan yang cukup cemerlang.
Permainan beliau telah berjaya membantu Selangor untuk menghasilkan persembahan yang menyakinkan. Tidak hairanlah mengapa beliau dikhabarkan akan menyertai skuad Sukan SEA 2017 bersama-sama dengan rakan sepasukan – Adam Nor Azlin.
Keputusan yang dirakam oleh Selangor ini nyata menggembirakan penyokong Selangor. Di sebalik masalah dalam yang melanda mereka, mereka berjaya untuk memperoleh keputusan yang positif.
Ini merupakan kemenangan kedua Selangor selepas berjaya menewaskan PDRM dalam perlawanan persahabatan diantara kedua-dua pasukan pada bulan Januari.
Kedah menang, JDT tewas
Selain Selangor dan Terengganu, beberapa lagi pasukan Liga Malaysia merentasi Liga Super dan Liga Perdana turut mengadakan aksi perlawanan persahabatan.
Antaranya Kedah yang berjaya menundukkan Felcra FC 2-0 dalam aksi yang menyaksikan pemain import terbaru Kedah, Ken Ilso menjaringkan gol serta Syafiq Ahmad juga turut menjaringkan gol.
Kemenangan ini juga diikuti oleh pasukan Kelantan selepas mereka menang 2-0 ke atas UiTM FC hasil jaringan Danial Ashraf pada minit ke-4 serta Hattanaphon pada minit ke-40.
Turut menang adalah pasukan ATM, mereka berjaya menewaskan Shazan Muda 2-3 dalam perlawanan yang cukup sengit.
Namun nasib tidak menyebelahi pasukan JDT apabila mereka tewas 1-0 ditangan kelab Thailand – Air Force Central.
Gol Kagumichi Takagi pada minit ke-82 cukup untuk memberikan kemenangan untuk kelab Thailand tersebut.
Sementara Negeri Sembilan terikat 0-0 oleh kelab Myanmar, Army FC dan SAMB FC seri 1-1 dengan UKM FC.
Baca juga: Demi Selamatkan Bola Sepak Selangor, Jamal Yunos Tawar Jadi Presiden FAS