Quantcast
Demi Selamatkan Bola Sepak Selangor, Jamal Yunos Tawar Diri Jadi Presiden FAS


LIGA MALAYSIA

Demi Selamatkan Bola Sepak Selangor, Jamal Yunos Tawar Diri Jadi Presiden FAS

Thursday, 12 Jan 2017

Kerusi panas FAS menjadi perhatian selepas Datuk Seri Azmin Ali dengan YB Amirudin Shari meletakkan jawatan. Kini FAS tidak ada Presiden.

Pada 10 Januari lalu Datuk Jamal Yunos menghebahkan di lama sosial Facebook beliau bahawa beliau mahu menjadi Presiden baru FAS.

Sebelum itu beliau memang sudah memberikan bayangan kepada perkara ini ketika Datuk Seri Azmin dan YB Amirudin meletak jawatan pada 31 Disember 2016.

Beliau berkata, jika tidak ada orang yang mahu menggalas jawatan tersebut, beliau sanggup untuk menggalas cabaran tersebut.


Beliau kemudian berarak dengan penyokong beliau ke Wisma FAS untuk menawarkan diri sebagai Presiden FAS. Surat tawaran untuk menjadi Presiden FAS kemudian diserahkan kepada Exco FAS, Adnan Sarrif.

Antara isu yang digariskan oleh Datuk Jamal Yunos adalah isu pengurusan kewangan.

Beliau juga menggariskan isu kompetensi pasukan Selangor walaupun sudah jauh ketinggalan berbanding dengan kelab seperti JDT dari segi kemajuan.


Selain itu, Jamal turut berjanji akan menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai dalam masa 14 hari jika dilantik menjadi presiden.

Beliau menjadikan ia sebagai keutamaan dan akan memikirkan soal mencari di mana dana sebagai agenda seterusnya.

Berdasarkan respon yang diterima di Facebook beliau jelas ramai yang kurang yakin dengan Datuk Jamal Yunos. Namun ada juga yang berpendapat Datuk Seri Jamal mungkin harus diberikan peluang.

Adakah Datuk Jamal Yunos orang yang tepat untuk mengisi jawatan Presiden FAS buat masa ini?

Baca juga: Previu MSL 2017 : Sarawak Lebih Realistik Dan Beri Peluang Kepada Bakat Muda


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Demi Selamatkan Bola Sepak Selangor, Jamal Yunos Tawar Diri Jadi Presiden FAS



Berita Bola Yang Menarik