Selangor Sasar Gelaran Juara Liga Super 2025

Selangor dilihat bakal memulakan langkah awal mereka untuk mempersiapkan diri dengan lebih baik bermula pada tahun hadapan dalam misi untuk cuba merangkul gelaran juara Liga Super 2025.

Musim ini, segalanya tampil berjalan lancar buat pasukan tersebut kerana mereka semakin hampir untuk menamatkan cabaran Liga Super 2024 di tangga kedua dengan berbaki tiga perlawanan sahaja lagi.

Namun, konsistensi pasukan tersebut perlu dikekalkan kerana jurang perbezaan mata mereka bersama Kedah Darul Aman (Kedah) begitu rapat dan sedia dipintas Sang Kenari pada bila-bila masa.

Bawah kendalian Tan Cheng Hoe, pasukan tersebut tampil dengan aksi lebih menyakinkan dalam persaingan liga, menerusi gandingan pemain tempatan berkualiti bersama barisan import yang meninggalkan impak berkesan dalam setiap perlawanan.

Maka, tidak hairan mengapa The Red Giants turut meletakkan sasaran untuk meraih gelaran juara pada dua tahun akan datang dalam saingan Liga Super seperti telah diletakkan oleh kerajaan negeri tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor iaiti Dr Johan Kamal Hamidon, pihak mereka sedia berusaha untuk memenuhi sasaran telah diletakkan itu pada musim 2025.

“Sasaran yang diletakkan kita sahut dan kita akan buat yang terbaik kerana kita tahu Datuk MB (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari) pun mahu terbaik untuk Selangor.

“Kami memang bekerjasama rapat dengan Datuk MB dan beliau maklum apa kerja-kerja yang kami buat.

“2025 dua tahun lagi dan Insya-Allah tahun depan kita perbaiki lagi prestasi daripada tahun ini dan 2025,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Terdahulu, Amirudin telah pun menyatakan pihak kerajaan negeri sedia memberi peruntukan sebanyak RM10 juta kepada skuad Selangor serta RM8 juta buat Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

Jik dilihat pada sasaran diletakkan itu, ianya bermakna Selangor sedia untuk menamatkan dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merajai Liga Super sejak musim 2014 sehingga kini.

Selain itu, Selangor juga berkemungkinan akan menjadi pasukan kedua selepas ini yang melayakkan diri ke pentas AFC Champions League (ACL), selepas JDT sudah pun beraksi di sana sejak beberapa musim lalu.

Pada pandangan anda, adakah sasaran yang ditetapkan itu mampu digapai Selangor atau JDT akan terus memastikan dominasi mereka tidak tergugat walau beberapa tahun mendatang?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN